Chapter 3 - Depan Belakang🔞

41 1 0
                                    

Hari ni kau ke sekolah macam biasa. Memandangkan hari ni hari jumaat, kelas mula pukul 2.30petang. Sesi pagi pula akan keluar pukul 12.25pm. Aku lebih suka datang awal sebab Ira dengan Husna akan tiba awal. Jadi aku ada kawan. Aku antara yang popular juga kat sekolah. Boleh kata aku ni ramai peminat juga. Tapi aku rasa macam belum ada yang tarik perhatian aku kecuali cikgu Danial yang memang hensem.

Aku berjalan ke kantin sekolah. Ira dengan Husna dah ada kat situ. Agaknya baru sampai. Aku mendekati mereka berdua. Duduk sebelah Ira.

"Wey esok ada program tak. Aku bosanlah duduk rumah. Jom lepak kat mall. Ada movie baru lah. Boleh layan." Ira beri cadangan.

"Banyak duit kau. Tiket wayang dah belas-belas plus makan apa semua kurang tidak pun kena ada RM50. Aku mana ada duit banyak tu. Sehari RM5 siak mak aku bagi. Tu pun dah habis jimat." Husna merungut. Memang macam tulah keadaan aku dengan Husna. Kalau Ira ni lain sikit. Dia boleh kata dari keluarga yang senang sikit.

"Nak tengok kat mana?" Aku ajukan soalan.

"Kat AEON lah. Alang-alang ke sana boleh merayap sekali." Ira masih berharap.

"Dilla... Kau ajaklah Akim. Mana tahu dia nak ikut. Dia boleh keluar duit. Aku boleh tumpang sekali." Husna cerita pasal Akim.

"Kenapa pula dengan Akim?? Apa kena pula aku nak ajak dia?"

"Kau tak tahu ke, kau buat-buat tak tahu?" Ira angkat-angkat kening sambil pandang muka aku.

"Apa siak..... Aku tak faham kau cerita apa ni......" Aku agak terkejut dengan cerita dorang ni. Apa yang aku terlepas ni.

"Bodoh..... Satu sekolah tahu Akim minat kat kau. Buta ke bodoh? Hahahahahahaha" Aku jeling muka Husna.

"Kau ingat aku ke sekolah untuk bercinta ke apa. Belajar tahu tak. Kita kena belajar. Itulah sebab mak ayah kita hantar kita ke sekolah. Bukan untuk bercinta nak...... Apa nak jadi dengan korang ni."

"Belajar eh....... Dalam kelas kau ada berapa orang? Dan kau nombor berapa masa periksa" Aku pandang muka Ira.

"Kau ingat senang nak dapat nombor satu? Babi pandai-pandai siak budak-budak kelas aku. Tapi takdelah teruk sangat. Aku nombor 25. Kiranya ada lagi5 orang yang lebih bodoh dari aku." Dua-dua tergelak dengar jawapan aku.

"Bodohlah kau Dilla.... Sengal..... Wey Akim tu minat kat kau. Kau tak nak kat dia ke?" Husna tanya lagi pasal Akim.

"Tak naklah. Aku nak lepak dengan korang je."

"Pundek.....lesbian siak betina ni...." Ira cakap kuat-kuat. Walau niat dia bergurau tapi cara dia cakap tu buat orang kat meja sebelah pandang kami. Aku terus tepuk peha Ira.

"Hahahahahahaha......... Adoi.....wey...wey.....Akim....Akim...." Kami semua pandang ke arah Akim.

"Akim.... Sinilah bini kau kat sini." Ira buat onar lagi.

"Eh bodohlah kau Ira. Bongoklah....." Malu aku. Tahap kebodohan Ira agak melampau. Tapi mamat tu pun satu hal. Terus datang dekat dan duduk sebelah Husna.

"Akim..... Belanja kitorang tengok wayang. Kitorang tak nak tapi si Dilla ni hah. Dia nak tengok wayang. Kau tak nak belanja dia ke?" Aku besarkan mata dan tendang kaki Husna.

"Wey....sakit bodoh...." Husna tunduk gosok kaki dia.

"Awak nak tengok wayang ke? Saya okey je nak keluar dengan awak...." Aku pandang muka Ira. Tak tahu apa aku nak jawab. Merah dah muka aku. Tetiba kena macam ni. Mamat ni boleh tahan jugalah. Tapi aku tak pernah fikir pun nak kapel bagai.

"Perghhh sweet talker siak. Awak saya siot...hahahahahahaha" Ira macam biasa takkan tunggu lama kalau bab nak kenakan orang.

"Eh takpelah. Takdelah dorang ni je." Aku tolak tawaran dia dengan sopan. Dia lebih kepada malu nak mampus.

DillaWhere stories live. Discover now