4

591 43 0
                                    

Akhirnya dapat juga idea untuk sambung cite Never Let You Go ni. Penat perah otak ni hah. Tapi itu pun tak berapa bagus sangat. Kena perah banyak2 lagi idea. Oh, video atas ni xde kena mengena pun ngan cite ni. Kalau nak dengar pun boleh.

//Narrator POV//

Pintu bilik itu dibuka dari luar. Semua Ahli Snsd memandang pintu itu. Muncul Taeyeon yang nampak sedih.

"Taeyeon!!" Jerit mereka serentak.

Taeyeon hanya diam dan duduk di sofa. Sunny duduk di sebelahnya.

"Kau ok tak ni?" Tanya Sunny.

"Emm...." Itu shaja jwapan yang diberikan oleh Taeyeon.

"Baekhyun? Dia macam mana?" Tanya Yoona pula.

"Emm..."

"Taeyeon, jawab la. Kau jangan buat kitorang risau." Tiffany memegang bahu Taeyeon.

Waktu itu jugalah air mata Taeyeon Jatuh. Mereka semua memeluk Taeyeon.

||Manakala, di tempat Baekhyun||

Baekhyun masih lagi berada di bilik itu. Dia terduduk di bilik itu. Air mata jantannya mengalir.

"Kau Tak boleh nangis, Baek. Kau kena kuat. Ni sume untuk Taeyeon!" Monolong Baekhyun sendirian. Baekhyun menyeka air matanya. Dia bangun perlahan-lahan dan membuka pintu.

Baekhyun memandang ke kiri dan ke kanan, dia melangkah keluar. Pintu bilik itu ditutup. Kemudiannya, dia berjalan ke bilik latihan EXO.

Tiba di bilik Latihan, Baekhyun mengetuk pintu dan masuk ke dalam. Dia lihat kesemua member EXO sedang duduk di bawah sambil membuat bulatan.

"Hyung!" Sehun bangun dengan pantas.

Begitu juga member lain.

"Miahnae Hyung. Kalau la Sehun xsuruh Hyung panggil Noona masuk, ni takkan terjadi" Ucap Sehun dengan rasa bersalah.

Baekhyun tersenyum. Senyuman yang dibuat-buat.

"Ini bukan salah siapa-siapa lah, Lagipun memang semua orang akan tau jugak. Benda macam ni takkan tersorok selama-lamanya," Katanya sambil menepuk-nepuk belakang maknae Exo itu.

"Baekhyun Hyung, be strong okay!"

"Gomawo Sehun"

Member yang lain memeluk bahu Baekhyun memberikan semangat.

||Keesokan Harinya||

~Dorm Snsd~

Hari ini Snsd tidak mempunyai apa-apa Schedule. Mereka hanya berehat sahaja. Member yang tinggal bersama family masing-masing berehat di rumah mereka. Manakala Taeyeon, Sunny dan Tiffany hanya berehat di dorm

"Taeyeon-ah, jom kita makan." Panggil Tiffany sambil menjenguk kepalanya kedalam bilik Taeyeon.

Taeyeon yang sedang termenung itu mengalihkan pandangannya kearah Tiffany. Hanya gelengan dan sebuah fake smile diberikan.

"Jangan la camni Taeyeon. Kau tak makan apa-apa pun semalam, tipulah kalau kau tak lapar." Kata Tiffany.

"Aku memang tak lapar lagi, korang makan la dulu" Taeyeon menyambung lamunannya.

Tiffany mengeluh. Dia tidak tahu hendak buat apa lagi. Memang susah untuk memujuk Yeoja kelahiran Jeonju itu.
Tiffany menutup pintu bilik Taeyeon kembali. Dia berjalan ke dapur.

"So, How?" Tanya Sunny.

"Failed..." Jawap Tiffany perlahan.
"Xde pilihan lain, kita call Baekhyun." Tiffany memberikan cadangan.

"Lepas tu kau nak suruh si Baekhyun tu buat apa? Datang sini n pujuk Taeyeon? Memang xdapat lah. Kalau pukul 2 pagi pun orang bleh tangkap. Apatah lagi tengahari ni." Ujar Sunny.

Tiffany mengiyakan kata-kata Sunny itu. Memang mustahil la nak suruh Baekhyun datang dan pujuk Taeyeon.

"Jadi apa lagi kita nak buat ni??" Tiffany yang sedang risau itu bertanya.

||Berbalik ke bilik Taeyeon||

Taeyeon merasa amat bersalah pada member-membernya sehingga tidak sanggup untuk bersemuka dengan mereka. Memang bukan Taeyeon member pertama yang ditangkap bercinta, tetapi Taeyeon tetap berasa sangat bersalah.

Telefon Taeyeon kemudiannya berdering. Taeyeon mencapai telefonnya yang berada tidak jauh dari katil. Panggilan itu daripada Baekhyun. Semenjak semalam lagi Baekhyun cuba untuk menghubungi Taeyeon tetapi Taeyeon tidak menjawap lansung panggilan Baekhyun itu. Taeyeon meletakkan telefonnya kembali.

"Sorry, Baek. Taeyeon nak tenangkan diri dulu..." Monolong Taeyeon dalam hatinya.

Telefon Taeyeon tetap berbunyi. Taeyeon mengeluh dan menjawap panggilan itu dengan terpaksa.

《OTP》

Baekhyun: Annyeong. Taeyeon, kenapa lambat sangat jawab ni? Risau Baek tau. Ingat jadi apa2 lah dekat Taeyeon.

Taeyeon: Sorry Baek...

Baekhyun: Baek tau yang Taeyeon mungkin tengah serabut tentang ni. Tpi Tae janganlah risau. Semuanya akan ok.

Taeyeon: Emm...

Baekhyun: Baek rindu dekat Taeyeon.

Tiba-tiba, Kepala Taeyeon terasa sangat sakit. Taeyeon berdiri. Dia memegang kepalanya.

Baekhyun: Taeyeon, Taeyeon dengar tak ni?

Taeyeon cuba untuk membalas pertanyaan Baekhyun. Malangnya, pandangannya terus kabur. Telefon itu juga jatuh ke lantai dan menghasilkan bunyi yang sangat kuat.

Bunyi itu mengejutkan Sunny dan Tiffany yg berada di dapur. Mereka memandang sesama sendiri.

To be Countinued...












Never Let You Go | SLOW-UPDATEWhere stories live. Discover now