9

443 32 3
                                    

'Aku sayangkan ExoL. Tapi aku sayang Taeyeon juga ." Monolong Baekhyun dalam hati.

Manager memandu kereta ke dorm mereka. Tiba sahaja di sana, Baekhyun mengejut Suho. Mereka cepat-cepat masuk ke dorm.

"Kitorang dah balik" Ucap Suho sambil membuka pintu. Dorm itu sunyi sahaja. Tiada pekik lolongan Exo. Mungkin member lain sedang berehat atau keluar.

Bilik terus Baekhyun tuju. Pintu bilik dibuka dan dia terus melangkah masuk. Kelihatan Chanyeol sedang dibuai mimpi atas katil.

Baekhyun meletakkan beg yang di sangkut dibahu di atas katil sebelah katil Chanyeol. Katil kepunyaan dia lah jawabnya.

Tubuhnya dihenyak keatas katil. Telefon Iphone 6 miliknya dikeluarkan. Baekhyun membuka Instagram.

Lebih daripada setengah comment di gambar terakhir yang diupload di accountnya merupakan tentang Baekhyun dan Juga Taeyeon.

Antara comment-comment yang dibaca Baekhyun berbunyi begini.

@Baekhyun_Lovers How could you do this to me? I hate You Oppa!

@ParkTaeTae OMG! You and Taeyeon is such a cute couple!!

@Kangkangshi You must be crazy right Oppa. Kenapa pilih old woman tu? Bomi is better.

@SendukBerkakikpopperz_ Congrats Baekki! Baekyeon is real. Biarkan sahaja haters. Mereka jeles!

@Frog_ToinkToink Yeay! Daripada fanboy ke boyfriend. Tahniah!!!

@Baekkilangkain Walaupun I ship Oppa dengan Bomi, Oppa with Taeyeon pun okay.

Comment @KangKangshi membuatkan Baekhyun geram. Old woman? Taeyeon? Huh, kurang ajar. Walaupun begitu, comment-comment yang masih menyokong mereka membuat kemarahan Baekhyun surut.

Baekhyun meletakkan telefonnya diatas meja. Sudah mengantuk. Esok ada schedule. Time to rest.

||Keesokan Harinya||

Satu persatu Ahli Exo bangun dari tidur. Mereka bersiap dan terus keluar dari dorm.

Baekhyun, Chanyeol, Sehun dan Suho satu kereta manakala Xiumin, Lay, Chen, D.O, Kai satu kereta. Exo M? Exo K? Tiada Lagi.

Lokasi dituju. Hari ini mereka ada fan meet and greet di Shopping Mall di bandar Seoul. Tiba di sana, pengawal mula mendekati kereta. Exo berjalan ke dalam shopping mall tersebut diiringi pengawal.

Masuk sahaja ke dalam shopping mall. Jeritan, teriakan, sorakan, semuanya didengari mereka. Exo duduk di tempat yang disediakan buat mereka di atas pentas.

Acara fan meet and greet dimulakan. Tidak semua di shopping mall itu dapat bertemu dan mendapatkan sign Exo. Hanya pemegang tiket sahaja.

Seorang yeoja muda berjalan kehadapan Baekhyun setelah diberikan laluan. Dia memberikan album Exo dan meminta Baekhyun sign di situ.

"Nama?" Baekhyun memandang yeoja dihadapannya itu.

"Kang Juae." Sebut Yeoja tersebut.

Baekhyun mengangguk. Dia menanda tangan album itu.

"Oppa."

Wajah Yeoja yang dikenali sebagai Juae itu ditenung dengan renungan yang amat sexy. "Nae?"

Park Juae menyuruh Baekhyun dekat dengannya menggunakan isyarat tangan. Baekhyun ikut sahaja.

"Taeyeon Unnie cantik kan?" Bisiknya.

Baekhyun terkejut. Tapi kemudian dia mengukirkan sebaris senyuman. Dia pula mendekatkan wajahnya pada telinga Park Juae. "Sangat!"

Mereka berdua tergelak. "I will support you and Taeyeon unnie Oppa. Always!" Ucap Juae perlahan tetapi jelas pada Baekhyun. Kemudian, Juae berlalu ke D.O di sebelah. Acara masih berjalan dengan lancar selama satu jam sehinggalah,

Seorang yeoja berlari naik ke pentas secara tiba-tiba. Mukanya nampak sangat merah. Tempat Baekhyun dituju dan~

PANG!!

Tangannya melekap di pipi Baekhyun. Suasana menjadi kecoh. Baekhyun dan Yeoja itu menjadi tumpuan penonton.

"Oppa, why did you do this to me!!!" Tubuh Baekhyun ditolak kuat sehingga Baekhyun jatuh. Dipukul-pukul tubuh Baekhyun. D.O di sebelah cuba menarik Yeoja itu.

Pengawal bergegas ke pentas. Mereka memegang tangan yeoja itu. Yeoja tersebut meronta.

"I'm better than that Taeyeon!! Kenapa pilih dia?!!" Jerit Yeoja itu. Cuba melepaskan diri. Malangnya, dia tidak dapat melawan tenaga 4 orang pengawal. Pengawal membawa dia turun.

Member Exo berlalu ke Baekhyun. "Hyung, kau okay tak?" Soal Kai. Baekhyun dibantu Chanyeol dan Chen.

"Melampau! Tak sangka sampai macam tu." Kata D.O.

Baekhyun memegang pipinya. Pedih.

||SNSD||

SNSD menuju ke SM Entertaiment untuk berlatih. Tetapi hanya Sooyoung, Tiffany, Yoona, Yuri, Taeyeon sahaja yang ada. Member lain akan menyusul kerana ada schedule. Taeyeon keluar dari kereta dahulu kerana dia duduk di tepi pintu. Tiba-tiba,

Telur dan Tepung dibaling kearah Taeyeon. Taeyeon terkejut. Begitu juga ahli lain dan manager. Snsd menggunakan pintu bertentangan setelah disuruh manager. Terus mereka masuk ke dalam SM.Ent.

Taeyeon pula masih berdiri kaku. Terus-terusan telur dan tepung dibaling kepadanya.

"Yeoja tak malu! Pulangkan Baekhyun kami balik!!"

"B*t*h woman!!"

Manager Snsd menghalang mereka. "Berhenti! Berhenti!" Jeritnya. Taeyeon dibawa ke dalam.

"Taeyeon, kau okay tak?" Tanya Sooyoung setelah mereka melihat Manager dan Taeyeon masuk ke dalam. Pintu utama terus ditutup.

Tubuh Taeyeon sudah penuh dengan tepung dan telur. Dia menangis.

"Korang bawa Taeyeon pergi toilet dulu. Bersihkan badan dia." Manager Snsd memberi arahan.

"Nae." Kata mereka faham. Tiffany memegang tangan Taeyeon. Taeyeon menundukkan wajahnya. Dalam perjalanan ke toilet. Mereka terserempak dengan Heechul Super Junior.

"Yah, Kim Taeyeon! Kenapa ni?" Heechul memegang bahu Taeyeon. Terkejut dengan apa yang dilihat pada Taeyeon, Junior yang dianggap dongsengnya itu.

Taeyeon menggeleng. Air mata masih deras mengalir.

"Nanti kitorang cite lah Oppa. Nak pergi toilet dulu ni." Ujar Yoona. Mereka berlalu ke toilet. Meninggalkan Heechul yamg dalam kerisauan.

Dalam Toilet,

Tiffany, Sooyoung dan Yoona membersihkan pakaian Taeyeon. Membuang kulit-kulit telur di bajunya. Membetulkan rambutnya. Manakala Yuri pula pergi bilik latihan mereka untuk melihat sama ada ada baju lebih atau tidak.

"Tau tak ini melampau sangat. Dorang tak patut buat macam ni!" Kata Yoona.

"I know right." Tiffany menyetujui Yoona. Yes, ini memang melampau.

Yuri kembali ke toilet. "Weh, nah baju. Baju Sunny aku rasa. Ok lah tu kan. Kau pakailah Taeyeon." Baju di tangannya dihulurkan pada Taeyeon.

Taeyeon mengangguk dan mencapai huluran Yuri. Dia terus masuk ke dalam bilik persalinan di dalam toilet itu.

To be Countinued

Yo guys! First chapter tahun 2016. Woohoo. Happy New Year korg. Ampunkan salah silap author pada tahun 2015 lepas. Buang yang keruh ambil yang jernih ♡

Dan chapter ini banyak bahasa English kan? Kalau salah, maaf ye... Author baru belajar.

P/S: gambar sekadar hiasan. Huhuhu. My Taeyeon nangis...














Never Let You Go | SLOW-UPDATEWhere stories live. Discover now