"APA, yang you karutkan ni mana mungkin I ada buat apa-apa dekat you sampai you sanggup kahwin lain!" Farah menafikan tuduhan Nazif padanya
"Apa kau tak percaya ke? Yelah kan perempuan mana pernah salah kau tu dah hancur hati aku sampai lumat kau buat aku trauma dan takut jatuh cinta!" kata Nazif dengan dingin. Beliau masih memeluk Syahira dengan erat
"I mana pernah hancurkan hati you! Entah-entah betina ni dah pakai minyak dagu supaya you dengar kata betina ni!" kata Farah dengan tak puas kerana dia menganggap Syahira adalah perampas kebahagiaannya. Nazif yang mendengar terus menampar wajah Farah dengan kuat
'Pang!'
"Tak ada sesiapa boleh panggil isteri sah aku betina!" kata Nazif dengan tegas. Beliau sudah sangat marah apabila mendengar perkataan yang keluar dari mulut Farah itu
"You! I akan rampas dia dari you! Dan tiada sesiapa boleh memiliki you selain I" kata Farah dengan gilanya
"Hubby dah gila agaknya perempuan ni" kata Syahira yang dari tadi diam dalam dekapan Nazif terus bersuara
"Dia memang gila" kata Nazif dengan manja. Manjanya hanya untuk Syahira seorang sahaja perempuan lain jangan harap hmph!
"Nazif! Kenapa you pilih perempuan ni?! I ada segalanya you perlukan!" kata Farah dengan sayunya. Dia sedaya-upaya untuk meraih perhatian Nazif itu
"Kau nak tahu kenapa aku pilih dia dari kau? Sebab dia setia sanggup tunggu aku selama 11 tahun! Aku dah jumpa perempuan yang aku inginkan selama ni!" kata Nazif dengan serius. Dia tak akan korban Syahira demi wanita lain
"You tunggu! I akan buat you kembali pada I semula!" Syahira memanggil pengawal keselamatan untuk membawa Farah keluar dari kem ini
FARAH pulang ke rumah dalam keadaan marah. Emosi sudah meluap-luap dia tidak dapat melupakan bagaimana lengan sasa Nazif melingkari pinggang Syahira itu
"Arghhhh! Bencinya! Kenapa perempuan tu jugak halangan aku nak dapatkan semula hati Nazif!" jerit Farah tanda tak puas hati dengan apa yang berlaku tadi itu
"Eh, kamu ni dah kenapa Farah? Terjerit-jerit kenapa Nazif tak nak kahwin dengan Farah ke?" tanya mak ngah Rokiah iaitu mak kandung Farah itu
"Mak tahu tak tadi Nazif dah kahwin lain! Susahlah kita nak dapatkan harta arwah tok bah!" kata Farah dengan tak puas lepas rancangannya untuk menguasai segala harta Nazif semuanya hancur angkara Syahira yang merupakan isteri sah Nazif
![](https://img.wattpad.com/cover/361290306-288-k475317.jpg)
YOU ARE READING
Abang Tentera Ku [COMPLETE]
AçãoIni adalah kisah cinta antara Syahira dan Nazif. Cerita ini rekaan semata-mata dari author ye START: 27 JANUARY 2024 END: 15 FEBRUARI 2025