Last Ending

6.6K 636 118
                                    

"Channie... tu makam appa. Tunduk hormat, sayang." Arah In Jong kepada anak lelakinya, Park Channie. Park Channie yang berusia 4 tahun menunduk hormat. Dia memandang ibunya kemudian setelah melakukan hal itu. Terkebil-kebil dia memandang.

"Appa buat apa kat sini?" Soal Channie tanpa faham apa-apa. In Jong tersenyum nipis. Dia menyangkung memandang Channie. Pipi gebu itu dikucupnya.

"Entah. Omma tak tahu. Tapi, appa nampak Channie tau."

"Seriusly, omma?! Mana! Nak tengok muka oppa!!!" Channie mencari-cari kelibat ayahnya, Chanyeol di sekeliling tempat permakaman itu. In Jong cuba untuk menahan sebak.

"Tapi kita tak dapat tengok appa, sayang. Appa je boleh tengok kita. Appa jaaaauhhh sangat dari kita. Dia je yang boleh nampak kita." Ujar In Jong dengan suara yang separuh mengigil. Dia memandang makam Chanyeol yang seusia dengan usia anaknya dengan air mata yang bergenang. Masih segar segala memorinya bersama Chanyeol walauun sudah 4 tahun bergelar balu.

"Alah... nak tengok muka appa! Tak nak lagi tengok gambar! Tak best!!" Rengek Channie lalu terduduk di atas tanah sambil meronta kecil. Tiba-tiba sahaja Channie menangis. Teresak-esak. Dia seperti mula faham akan situasi yang sedang berlaku.

"Sayang..." In Jong mendukung Channie yang menangis itu. Kalau dia tidak memikir hari ini adalah hari kematian suaminya, dia tidak akan datang. Jika dia datang, air matanya pasti akan gugur. Ditambahkan lagi kali ini Channie ikut sekali. Baru kali ini Channie ikut. Sebelum ini dia melarang.

"Omma... nak appa.." rintih Channie sambil teresak. Kakinya menendang perut In Jong. In Jong menepuk belakang tubuh Channie perlahan lalu bangun. Dia mendekati makam Chanyeol dengan lebih dekat.

"Oppa... ini anak kita. Park Channie. In Jong harap oppa bahagia kat sana. In Jong tak boleh nak berlama lagi. Channie menangis tiba-tiba. Oppa, In Jong cintakan oppa sangat-sangat. Oppa jaga diri. In Jong pergi dulu. Selamat tinggal, oppa."

Sesungguhnya, cinta antara Park Chanyeol dan Kim In Jong tidak pernah pudar. Cinta itu dieratkan lagi dengan kehadiran Park Channie yang sudah sah permata mereka berdua. Cinta. Perkataan hikmah itu tetap tersemat dihati, hingga akhir hayat.

                           -TAMAT-

[COMPLETED] Sad Love  슬픈 사랑.(Chanyeol Short FF)Where stories live. Discover now