Eps 2 : Terlalu Sayang

116 6 1
                                    

12 april 2015, Sungai Han Jam 1542 :

"Bbbukkkkkk!" Taeyeon menghempas beg tangan yang dibawanya. Tiba- tiba air mata Taeyeon menitis jatuh ke bumi. Semua orang yang melalui lorong itu memandang sinis. Bangku yang Taeyeon duduk masih kukuh biarpun sedikit usang.

Lalu dengan pantas Taeyeon mengelap air mata dan menyambar telefon pintarnya yang berada dalam kocek baju bulunya. " Hello, siapa ni?" satu suara muncul dari corong telefon bimbitnya.

" Ni saya lah abang " pantas Taeyeon menjawab.

***

Kaferia Hyunshik, jam 1600

"Macam mana kamu berdua boleh bergaduh? " keluh abang Taeyeon iaitu, Tae yang.
"Abang... " mata Taeyeon mulai berkaca.

"Haishh, janganlah nangis lagi. Kalau macam ni sampai bila bila pun abang takkan tahu ceritanya!" Dia mulai sakit hati. Semua orang di Kafe memandang mereka. Taeyang memandang mereka dengan serba salah.
" Ini kopi capuccino yang awak pesan. Silakan menjamu selera. " kata pelayan wanita itu dengan senyuman yang manis. "Ah! Terima kasih" balas Taeyang.

Air hingus Taeyeon sudah mulai keluar. Dia asyik memandang ke bawah meja sahaja. Langsung tidak selera menghirup sedikit kopinya. " Abang Baek itu tak curang lah adik, abang tahu lah! Awak yang buat dia stress. Hampir setiap hari awak datang dengan pakai apron dan bawa vakum ke pejabat dia. Lepas itu, awak sedut skirt pekerja-pekerja wanita di situ pula." Kata Taeyang dengan baran.

" Yaaahhhhh! Bukan salah saya lahh! Mereka yang gatal kacau suami saya! Dahlah pakai skirt pendek lepas itu, jumpa suami saya dalam pejabat sorang-sorang! Mana saya tahan!" Tae Yeon berdiri dan menuding jari kearah abangnya. Sekali lagi, semua orang memerhatikan telatah Taeyeon.
" Haishhhh! " Dia duduk dan meniup niup anak rambutnya kerana panas.
"Dahla, buang masa aje cakap dengan abang ni!" Taeyeon menyambar beg tangan berjenamanya dan terus beredar. " Haishhh, apa nak jadi dengan budak ni " Taeyang bingung dengan kelakuan adik perempuannya.

My Sweet MaidWhere stories live. Discover now