C:1

73 1 7
                                    

Daniel Evans mendaki tangga istana itu dengan tergesa-gesa sebaik sahaja terdengar teriakan bondanya dari tingkat atas. "Daniel!! Cepat naik ke atas!", suara itu semakin lama semakin nyaring.

Berulang-ulang kali ditutur oleh permaisuri Zessora. Nampaknya keadaan semakin gawat. Daniel tiba di hadapan kamar beradu itu sambil botol kaca itu digenggam kemas dalam genggamannya.

Pandangannya teralih pada ayahandanya yang terlantar di atas katil dengan mata yang masih terkatup. Ayahanda....kenapa boleh jadi sampai sebegini rupa.

Namun fikirannya yang menerawang kembali sedar tatkala matanya bertembung dengan mata bundar permaisuri.

"Mari ke sini dengan segera!" setiap perkatan yang dituturkan Laurel Saville ditekan.

Tindakan putera sulungnya agak perlahan membuatnya mengetap bibir. "Oh ya lupa, maaf bonda!" segera ditampil ke hadapan permaisuri lalu menghulurkan botol kaca yang tidak diketahui isinya itu.

Botol kaca itu terus disambar dan dibuka penutupnya. Permaisuri berpaling ke arah puteranya sekilas. "Tolong bonda"

Daniel seakan tahu apa yang perlu dibuat. Seperti biasa. Putera itu segera bertukar posisi di sebelah katil bertentangan dengan bondanya.

Daniel membantu ayahandanya, untuk minum cecair yang berada di dalam botol kaca itu. Tangannya diletakkan di belakang tengkuk ayahandanya untuk memudahkan bondanya menyuakan sudu itu ke dalam mulut raja itu.

Raja Zessora mencicip perlahan-lahan cecair itu. Sesudah itu, Daniel membaringkan perlahan-lahan kepala ayahandanya.

"Terima kasih...."perlahan tutur kata raja itu namun dapat didengari oleh permaisuri dan putera itu. Daniel menatap raut wajah ayahandanya sebelum dia beralih pula pada bondanya. Terlihat setitis air mata mengalir di pipi itu.

Aku sedih melihat bonda seperti ini.

Permaisuri Laurel mengangkat wajahnya, melihat tepat ke dalam mata anakandanya. Sayu mata itu menyapanya. Senyuman kecil cuba diukir untuk Daniel.

"Jangan lupa jemput adik kamu ya" pinta bondanya perlahan. Putera itu mengangguk perlahan tanda setuju dengan permintaan bondanya.

Perlahan-lahan Daniel mengundur diri keluar dari kamar itu. Dia ingin memberikan masa untuk permaisuri bertenang di samping ayahandanya.

Aku kena cari penawar itu segera.

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Gadis itu lari sekencang yang mungkin. Dia melangkah sebesar yang mungkin agar mereka tidak dapat mengesannya lagi. Dia semakin hampir dengan kawasan pekan.

Kelihatan lampu cahaya dari tiang lampu menerangi suasana senja yang kian menghilang dari jauh. Gadis itu segera keluar dari kawasan hutan tebal itu.

Lari sepantas yang boleh.

"Woi! Kau nak lari mana?!"

Gadis itu menoleh ke belakang dan terlihat dua wajah bengis lelaki yang bertubuh besar darinya. Takut! Segera dia berlari ke arah kawasan yang ramai orang.

Ramai orang berpusu-pusu membanjiri kawasan di tengah-tengah pekan memudahkannya untuk menghilangkan diri dari mereka.

Tubuhnya yang kecil memudahkannya untuk menyelit di antara manusia-manusia yang sibuk tawar menawar.

Hari ni hari minggu. Ada pasar. Patutla ramai.

Dia menyelinap perlahan-lahan ke bawah meja sebuah gerai manisan yang berdekatan. Gadis itu merangkak dan mendiamkan diri agar penjual itu tidak perasan akan kehadirannya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 05, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Prince, I Love YouWhere stories live. Discover now