Prolog

24 0 0
                                    

Aku Catherine De Clare. Gadis biasa dari kerajaan Zessora. Tapi agak terkenal juga dalam kalangan rakyat jelata dalam kerajaan ini. Sebab apa? Sebab aku traveler yang tak bergaji untuk perniagaan mak angkat aku, Devonshire's Travel.

Ye, aku tak dibayar.

Setakat cari pokok-pokok ajaib di hutan untuk ubat-ubatan, cari daging rusa di hutan, serahkan pada aku. Aku memang handal mencarinya. Sejak umur 10 tahun lagi aku sudah mahir dalam selok belok dunia ini.

Macam mana aku mahir. Of course la sebab arwah ayah aku selalu ajak aku mengembara dengannya hampir ke seluruh tempat.

Hm...rindu ayah

"Cat", seruan untuk membuat dia berpaling ke belakang. Terlihat sekujur tubuh berdiri di pintu biliknya. Luke, kawan rapatnya sejak sekolah menengah lagi. Jejaka itu menjinjing dua bungkus air, mungkin satu untuk si gadis itu. Catherine bermasam muka. "Siapa bagi kau kebenaran untuk naik tingkat atas?"

Senyuman di bibir itu pudar sejurus melihat Catherine tidak gembira dengan kehadirannya. "Mak kau bagi aku naik, jadi aku naik la" tuturnya.

"Maaf kalau aku buat kau marah" nada suara itu makin perlahan. Catherine merenung tajam ke arah Luke. Luke cuba melarikan anak matanya daripada bertentangan dengan panahan tajam gadis itu.

"Aku marah ni"

Namun tak sampai satu minit, ketawa meletus keluar dari bibir mungil itu. "Kau ni aku main-main je la. Tu pun nak takut" ujar gadis itu sambil meutup buku diari yang dibacanya tadi. Laci meja itu dibuka.

"Aku takut kalau aku buat kau marah, kau dah tak nak kawan aku, Cat"

Buku diari itu diletakkan di dalamnya. Dia bingkas bangun dari tempat duduknya dan berjalan mendekati rakan skemanya itu. "Yela aku ada kau je sebagai kawan aku. Dari dulu lagi. Aku kawan dengan kau seorang je" tutur Luke lagi. Nada suaranya kedengaran sedih.

Catherine berdiri di hadapan Luke. Tangannya menggenggam bahu itu. "Aku pun sama. Aku tak ada kawan selain kau" ujarnya. Mata mereka saling bertentangan buat seketika. Mata redup jejaka itu merenung ke dalam mata gadis itu.

Andai kau tahu Catherine....

"Kau sebenarnya boleh jadi kacak, tapi....", Catherine mengalihkan cermin mata petak Luke dari muka jejaka itu. Luke agak terkejut dengan perlakuan selamba gadis itu. Catherine menghayunkan cermin mata itu, "Ini yang membuat muka kau nampak nerd ".

Luke mengeluh. Bukan apa, dia lebih selesa memakai cermin mata. Lagi pula penglihatannya agak bermasalah dan masalah ini berlaku sejak dia kecil lagi. "Kau tahu kan aku rabun" ujarnya. Catherine tersenyum. "Itu memang aku tahu. Aku nak tunjuk yang kau pun boleh ada kawan kalau kau pandai berhias".

Rambut perang Luke yang terbelah tengah itu disisir ke sebelah kanan menggunakan jarinya yang runcing itu. Ingin dia menepis jari jemari Catherine yang mendandani rambutnya namun kedua-dua belah tangannya sedang menjinjing air. Takut tumpah pula.

"Ha, baru la nampak ada rupa. Kan kacak tu" ujar Catherine bernada riang. Not bad.

Wajah Luke yang putih itu mula merona kemerahan di pipi, mungkin malu. Segera dihulurkan satu bungkus air berwarna merah itu ke arah gadis itu. "Nahh, ambil ini. Aku nak turun dulu. Kita bincang kerja kumpulan itu di luar sahaja" tuturnya perlahan.

Sejurus sahaja air itu diambil oleh Catherine, Luke terus meluru turun dari rumah bertingkat itu. Catherine mengaul-gaul air itu dengan straw. Pelikla, dah kenapa dia tu? Lalu setelah itu, dia menyedut air sejuk itu dan berkata, "Ahh, lega tekak aku".

Bungkusan yang telah kosong itu dibuang ke dalam tong sampah yang hampir penuh itu. Nanti jela aku buang kat luar. Pandangannya teralih pada calendar yang tergantung di hadapan almari bajunya. Terlihat ada tanda bulat merah mengelilingi satu tarikh. Catherine menghampirinya untuk melihat lebih jelas.

"Esok 4 haribulan....JUMPA PUTERA?!"

Dan sekarang aku nak cerita macam mana aku boleh terjebak dalam pengembaraan yang memenatkan bersama putera. Ya, kau tak salah baca. Putera Daniel Evans, putera kerajaan Zessora.

Prince, I Love YouWhere stories live. Discover now