Aku menutup buku setebal kamus itu perlahan. Buku itu diletak tepi. Tisu dicapai lalu mengelap air mata yang masih mengalir.
Kenapa?
Kenapa Que yang mati dan Qai yang hidup?
Kenapa mesti sad ending?
Kenapa mesti jalan ceritanya sedih?
Kenapa dalam buku ni Que yang kena kanser otak?
Kenapa dan kenapa?
Dia mencapai lagi helaian tisu dan mengelap air matanya. Sungguh dia tak sangka jalan ceritanya macam ni.
Pintu biliknya diketuk perlahan lalu seseorang menjenguk kepalanya ke dalam bilik ku. Tepat pada masanya! Dia menyedut hingusnya dan menjemput Que masuk ke dalam biliknya.
"Que, masuklah. Aku dah habis baca buku yang kau tulis ni. Buku tentang kehidupan kau dengan Qaireena."
Que melangkah masuk perlahan ke dalam bilik dan melabuhkan punggung di atas katil bersaiz queen itu.
"Any questions, Azzalea?" Aku senyum tipis, tekaannya sentiasa tepat.
"Boleh ke? Kau tak sedih ke nanti?"
"Yang dah lalu biarkan berlalu. Tapi tak bermakna kita perlu lupakan. Kita hanya perlu fokus untuk masa depan pula," Que senyum tipis.
"Urm, kenapa kau buat macam tu? Maksud aku ending dia," aku utarakan soalan yang bermain dalam fikiranku sejak habiskan cerita yang Que tulis ni.
"Kenapa aku yang mati tapi bukan Qai?" Soal Que semula. Aku mengangguk mengiyakan soalannya.
"Aku pun tertanya, kenapa aku yang perlu kehilangan Qai. Tak boleh ke kalau aku yang pergi dan Qai teruskan hidup dekat dunia ni?" Que merenungku sambil mengelipkan matanya.
"Aku matikan watak aku sendiri sebab aku nak buktikan pada readers yang betapa tulusnya cinta Sufiya Qaireena untuk aku sampai dia rapuh sangat bila dapat tahu keadaan aku. Mungkin aku kejam sebab buat watak isteri aku sendiri terseksa dengan kematian aku. Tapi bagi aku, lebih baik berpisah dengan kematian berbanding dengan orang ketiga."
"Pembaca lain mungkin rasa aku jahat sebab buat watak Qai terseksa dengan kematian aku sedangkan in real life aku sihat wal alfiat. Aku boleh jalani kehidupan biasa tanpa sebarang penyakit. Tapi dorang tak tau yang aku lagi terseksa dengan kematian isteri aku. Lagi terseksa berbanding aku tunjukkan pada watak Qai tu."
Aku bangun dari kerusi dan berjalan mendekati Que. Tangan Que aku genggam perlahan sambil usap.
"Aku minta maaf Que, aku tak patut tanya soalan ni," ujarku perlahan. Que dengan keadaan bergenang dengan air mata menggeleng.
"Tak, bukan salah kau. Aku yang lemah semangat. Tanyalah lagi, aku tau kau banyak soalan." Que mengesat air matanya dengan lengan baju.
"Que, kau tulis cerita ni sebab nak lepas rindu dekat arwah. Kenapa kau tak buat versi happy ending? Kau tak dapat happy ending dekat realiti tapi sekurangnya kau dapat dekat dalam alam fantasi," tanya Azzalea takut-takut. Risau soalannya menguruskan perasaan kembarnya.
"Siapa cakap aku tak dapat happy ending dekat realiti? Kami dipisahkan dengan kematian bukan dengan penceraian. Insha Allah kitorang dapat jumpa balik dekat syurga nanti. Ingat ayat dalam bab terakhir buku tu? 'Saya gembira dapat bersama dengan awak walaupun sementara. Jumpa di syurga, Insha Allah'. Lagipun tak semua perkara berakhir dengan kebahagiaan."
"Que, kenapa cerita yang kau tulis ni, kau yang kena kanser otak? Kenapa bukan Qai, atau aku, atau sesiapa je? Kenapa mesti kau?"
"Lea, masa Qai berjuang dengan penyakit dia tu, apa je yang aku mampu buat selain doakan supaya dia sihat semula? Aku sakit Lea tengok Qai terbaring dengan keadaan yang tak menentu. Aku doa supaya segala kesakitan Qai tu berpindah dekat aku tapi itu mungkin ujian untuk Qai."
Que mengelap air matanya yang entah bila mengalir. Dia mengigit bawah bibirnya bagi menahan esakannya terlepas.
"Jadi biarlah aku rasa kesakitan tu walaupun hanya dalam sebuah buku."
"Lea," panggil Que sambil menaikkan kaki ke atas katil.
"Kenapa aku tulis cerita ni sedangkan aku tak kuat? Kau pun tengok betapa terseksanya aku masa tulis cerita ni."
"Kau tulis cerita ni sebab kau kuat Que. Kau sambung, tamatkan cerita ni walauapun ada masa kau rasa murung, sedih, tak mampu nak teruskan hidup. Tapi kau cakap yang lalu biarkan berlalu. Kita perlu fokus untuk masa depan."
"Aku bangga dengan kau."
"Kau kuat Que, kuat sangat."
"Aku kuat sebab kau Lea. Kau selalu ada dengan aku. Aku harap kita hidup sama sama sampai ajal memisahkan kita, bukan kerana salah faham."
Kisah yang ditulis oleh Que tentang kehidupannya dan diolah semula.
Sufiya Qaireena hidup dalam kisah yang ditulis Tarique Hayyan. Dan Tarique Hayyan hidup dalam dunia mereka.
Kini cerita yang mengisahkan kehidupan seorang lelaki bernama Tarique Hayyan dan isterinya Sufiya Qaireena melabuhkan tirai.
- The Real Ending -
![](https://img.wattpad.com/cover/369928390-288-k101172.jpg)
YOU ARE READING
Malam Tanpa Bintang [COMPLETED]
Lãng mạnCover by : @yyouraphrodite BINTANG SERIES 2 Menyendiri. Ya dia Sufiya Qaireena yang malas mengambil tahu hal orang lain. Baginya tidak mendatangkan faedah. Rapat dengan lelaki? Itu bukan diri dia! Tetapi kewujudan 'makhluk' baharu di sekolahnya itu...