Semalam aku text Nawi. Dia ingat aku kat stadium tengok perlawanan bola sepak brunei ngan indonesia masatu. tapi aku tengok dari rumah je masatu. dia mintak aku keluar rumah kejap. Aku taknak sebab takut keluar malam sebenarnya. Aku balas text nawi yang aku taknak keluar.Tapi abah aku yang keluar. lawaknya, Nawi ada di simpang rumah aku. Dia tekan hon motor dia banyak kali ingatkan yang tu aku. Bila dia tahu yang tu abah aku, dia terus cabut lari.
"Hei Zi, Termenung saja kerja kau ni! kau dengar tak apa yang aku cakap tadi?" Asnawi mengangkat keningnya.
"Apa? Apa?" Aku tersentak dari lamunan.
"Kau nak couple dengan aku tak?" Ulangnya dalam ayat yang lebih ringkas. Punyalah penat mengayat!
Sekejap, kita dalam kelas, bersaksikan cikgu dan kawan-kawan dan dia baru ajak aku bercinta? Kau gila ke apa!
"Apa kau mengarut ni? Kita kan budak lagi" aku keliru.
"Tak pa lah, kau fikirlah dulu..." Asnawi kembali ke tempat duduknya.
Eh dia ni, aku friendzone karang!
Esoknya aku putuskan. Apa salahnya aku bercinta dengan dia. Kita masih muda. Walaupun ibu tidak berapa suka dengan Asnawi.
Sejak haritu, aku dan Asnawi macam belangkas. Di mana ada aku di situ ada dia.
Satu hari di pesta buku,
Aku berjalan dengan Asnawi dan gengnya. Bukan apa, rakan karibku sudah berpindah ke bandar. Aku seorang sahaja perempuan di situ.
Tiba-tiba ada seorang lelaki berbadan agak tegap melanggar aku. Maaf pun tiada, dia terus pergi. Sakit bahu oi!
Asnawi patah balik. Aku perhatikan sahaja tindakannya. Sungguh aku ingin ketawa sampai menangis . Asnawi melanggar bahu lelaki itu dengan agak kuat.
"Maaf" Asnawi terus pergi ke arahku.
"Good job" aku mengangkat ibu jari tanda bagus.
Kami terus berjalan sambil ketawa Asnawi memang tahu cara menghiburkan orang!
Sebuah restoran kami tuju. Sungguh perut sudah berbunyi irama keroncong.
Sedang enak menikmati makanan, entah bagaimana air fresh orange yang berada di atas meja boleh tertumpah ke atas skinny jeans yang aku pakai. Asnawi perasan, terus dia tanggalkan kemeja yang dia pakai. Tinggal baju putih kosong sahaja.
"Thanks nawi" Aku tersenyum malu. Gengnya tidak habis habis meng woooo dari tadi.
9 Feb, birthday Asnawi. tiap tarikh ni aku slalu dapat hadiah dari nawi. pelik? Tak lah! Aku pernah cakap dengan dia dulu. masa ni semuanya terbalik. perempuan boleh melamar lelaki. orang birthday pun boleh bagi hadiah kat org yng tak birthday. hahaa. sebab tu la aku slalu dapat hadiah dari nawi setiap kali birthday dia. Aku gurau je sebenar. tak tahu pula mamat tu ambil serius.
sepanjang couple. memang best gila. sebab orang selalu Fikir yang kitaorang ni adik beradik. muka macam seiras. lepas tu orang fikir nawi tu abang aku. walhal aku lagi tua dari dia! Mungkin sebab dia tinggi kut. Cis! Apa yang orang paling suka tengok relationship kitaorang, sebab kitaorang tak nampak macam couple pun, nampak macam kawan rapat yang kenal lebih daripada satu sama lain. tak tahu macam mana nak terangkan, yang penting kitaorang rapat tu tak nampak macam orang couple. kawan tapi sweet.
Kalau nak tahu, masatu aku jarang pakai tudung. kalau keluar dengan family nawi atau ke sekolah baru aku pakai tudung. Aku suka sangat pakai skinny jeans. sangat jahil Aku waktu tu. Hampir 3 tahun kitaorang bercinta, sampai mak nawi pun betul betul bagi kitaorang greenlight masatu.
Tapi nawi berubah. kitaorang jarang jumpa. dia jarang contact dengan aku. banyak berita hangat yang aku dengar masatu tentang dia. dia keluar dating dengan Echa la. dia merokok la. macam macam la. Tapi aku tak percaya. Nawi yang aku kenal tak macam tu.
sampai la suatu hari ni. waktu tu, aku dengan kawan rapat aku, Aisyah pergi tolong Cikgu Hannah hantar barang dia dekat bilik staff di tingkat tiga. kelas aku tingkat 2. kelas tingkatan 4A. masa aku naik tangga, pelajar kelas tingkatan 4D nak turun. ada seorang student perempuan ni, nama dia Nida. dia cakap macam ni. "tuu tu tuuu. ", muncung kan mulut dia. tunjuk aku. dia cuba nak bagitau seseorang masatu dan seseorang tu cakap "lawa lagi aku".
Nak tau siapa tu? dia la wana. Budak perempuan yang dikatakan tengah couple dengan Nawi.
Bulan puasa.
Lagi seminggu hati lahir aku. Aku cuba text nawi via whatsApp. Dia online. tapi dia langsung tak balas text aku dan aku dah putus asa dah masa tu. Aku terus text dia "we better end this relationship". barula dia balas text aku. cakap dia menyesal la. itu la. ini la. Aku tak layan langsung. Aku benci dia sangat sangat.
Tapi hati ni tak dapat nafikan yang aku memang suka sangat dengan dia. Aku tak faham la dengan perasaan aku sendiri kat dia. Aku tak dapat lupakan dia. dia istimewa sangat dalam hidup aku. he knew all my secret. and so am I. Aku juga ada text dia macam ni. "thanks for everything. ni lah hadiah paling istimewa for my birthday this year".
Dan dia cuma balas "sorry". Tak guna punya lelaki.
Baru seminggu je putus dengan Nawi, dia dah ada girlfriend lain. memang womenizer. Aku benci nawi. dulu kini dan selamanya.
Nak tau tak siapa girlfriend baru nawi?
Wana.
Jadi sebenarnya selama ni dia memang ada hubungan dengan wana. khabar angin bukan sekadar khabar angin.
Masa tu aku dah buang semua barang gambar video apa semua tentang nawi. semua la. Nekad aku nak hapuskan dia dalam hidup aku.
Satu hari, mak suruh aku beli telur kat kedai runcit tak jauh dari rumah. Jadi aku drive sendiri je la dengan ditemani oleh adik aku.
Masatu masih bulan puasa lagi. Aku dah elok parking kat depan kedai tu. ada la sebuah kereta ni pun datang parking sebelah kereta zi.
Nawi yang drive kereta tu. masatu aku belum lagi pakai tudung penuh apa. Aku terus la tunduk. Tak bagi dia nampak aku. balik je dari kedai tu. Aku terus dapat text dari Tikah. dia ni adik kelas la. tapi rapat dengan aku. dia text aku sebab dia nampak nawi ngan wana berbuka puasa dekat luar sesama. masatu tikah tak tau lagi yang aku dengan nawi dah putus. makin la sakit hati. dia buang aku macam sampah
Mulai haritu. Aku tukar nombor telefon baru. Aku deactive Facebook. Instagram je yang aktif masatu, sebab aku memamg jenis suka upload gambar dan tengok gambar orang lain.
Alhamdulillah, aku dah mula jadi full timer pakai tudung, tapi tak la labuh sangat buat cukup syarat je.
Aku suka tengok channel alhijrah. mula mula tu Aku fall in love dengan dikir zikir. lepastu ada satu cerita ni. 'warkah cinta'. cerita tu la yang banyak mengajar aku erti kehidupan. Aku mula perlahan lahan kembali kepada fitrah. Cuba sembahyang lima waktu, walaupun kadang ada lubang lubang.
Bila dekat nak raya, aku risau sangat sebab aku potong baju raya tu sebelum puasa.
Potongannya betul betul ikut bentuk tubuh . Aku niat tak nak pakai, tapi mak paksa.
"kau tetiba berubah ni. nak dapatkan balik cinta Asnawi. apa? girlfriend dia pun macam ni ke. pakai labuh labuh". Bila mak cakap macamtu, aku rasa terkesan sangat. Sungguh hijrah itu bukan mudah.
Sejak aku berubah, semua orang ingat aku berubah sebab nawi. Aku sendiri pun tak faham. sejak putus dengan nawi, aku rasa kosong. macam ada sesuatu yang aku cari. tapi masih tak jumpa jumpa.
walaupun luaran nampak tenang, tapi kat dalam hati siapa tahu kan?
Aku ikut je lah kata mak. tapi tudung aku labuh kan. menangis akutengok keadaan aku. masatu aku belum lagi ada pakaian yanh labuh labuh. Jadi, bila aku keluar. Aku slalu pakai kemeja then skirt labuh. shawl. stokin. Simple
skinny jeans aku dah perap dalam almari. tu pun mak selalu membebel sebab aku slalu pakai gaya yang sama. Tapi, aku tak kesah. asalkan aku tutup aurat.
YOU ARE READING
Hijrah
Short Storykisah benar hijrah + cinta monyet seorang hamba Allah. saya hanya menyampaikan