Masa peperiksaan hujung tahun. alhamdulillah, aku dapat keputusan yang baik. sebelum ni ada je yang tak kena. kali ni aku fokus betul betul.
Waktu cuti hujung tahun aku balik Limbang. Dekat situ, aku beli tudung labuh kashibo, warna putih untuk sekolah.
Buka sekolah, aku pakai tudung tu. Semua mata memandang aku, sampai cikgu-cikgu pun ada yang menyindir. tapi aku tak layan.
mula mula pakai tak selesa la juga. tapi lama lama okaay, rasa macam selamat sangat.
Baru sebulan aku pakai tudung labuh dah ramai pelajar kat sekolah aku pakai macam aku, yang paling ramai pakai macam tu, classmate aku.
Alhamdulillah ramai yang rupanya ingan berubah tapi aku paling tak suka bila cikgu dan student lain panggil aku 'ustazah'. Aku tak cukup sempurna untuk jadi orang macam tu. Aku masih jahil dan tudung labuh tu bukan dikhaskan untuk ustazah!
walaupun aku dah pakai labuh. Aku masih rasa kosong.
Exam awal tahun, keputusan aku teruk sangat, tak dapat nak selamatkan lagi. Aku pun tak faham macam mana boleh macam tuu.
Satu hari, aku balik sekolah nak pergi tempat parking bas sekokah. biasanya aku lalu jalan yang dekat, tapi kali ni aku lalu jalan tempat pondok security.
Baru aku sedar, kat sekolah aku tu ada student pakai niqab. Aku sebebarnya dah lama nak pakai niqab. tapi tak yakin lagi nak pakai. tapi pernah juga cuba cuba pakai.
Aku pernah cerita dekat Aisyah. dia kat okay je kalau aku pakai niqab. tapi aku pernah baca status Facebook dia masatu.
"orang yang niatnya betul nak pakai niqab. tak perlu tangkap gambar dia pakai niqab lepastu upload kat IG." Aku macam terasa dengan status dia tuu, rasa macam dia sindir aku. Sejak tu la aku tak berapa rapat lagi ngan dia.
9 feb 15. Fun fact. Aku adalah orang yang pertama greet nawi masa birthday dia. kita makin rapat, tapi tak seakrab dulu. Aku cuba jaga batas sudah tidak mahu bebas.
dia suka panggil zi 'pal'. Pal tu apa pun aku tak tahu.
masa birthday aku, 29 June. Dia tak bagi ucapan pun. tak ada yang istimewa pun masa birthday aku. Walaupun sebenarnya aku tahu yang nawi sebenarnya ingat birthday aku. tapi dia taknak contact aku lagi. so sekarang dah almost a year aku putus ngan nawi tapi jujurnya, aku masih ada perasaan tu. Aku tak dapat lupakan dia. sebenarnya kitaorang putus takda kata putus pun. putus macam tu je.
Mungkin aku masih lagi perlu mencari. Mungkin aku masih lagi jahil. Mungkin rasa kosong itu akan terisi. Mungkin perasaan penuh noda mencintai ajnabi itu akab pergi
Mungkin...
Semua itu mungkin, jika aku kuat.
Kerana Jalan hijrah itu bukan mudah.
************************************
Sekian, tamat
Dipetik daripada whatsapp dan diedit sedikit kerana sebenarnya based on real story lebih indah jika dikarang sendiri oleh tuan punya cerita kerana mesejnya lebih mudah sampai.
Short story semoga bermanfaat.
YOU ARE READING
Hijrah
Short Storykisah benar hijrah + cinta monyet seorang hamba Allah. saya hanya menyampaikan