𝓑𝓐𝓑 22

129 6 1
                                    

Keesokan harinya, Arieshah bangun dari lenanya. Dia harus bersiap-siap dan perlu memulakan hari yang baru dengan senyuman. Pasal semalam dia harus melupakan. Dia harus bangkit dari kesedihan yang melampau. Sampai bila dia harus bersedih tentang perkara yang sama.

Hari ini, dia perlu ke Café Serene, kafenya sendiri yang dibina hasil titik peluhnya. Walaupun hatinya masih terasa pedih, kerja tetap kerja. Dia mahu teruskan hidup seperti biasa. 

Sampai sahaja di Café Serene, Arieshah keluar dari kenderaannya dengan langkah penuh yakin. Hari ini, dia mahu melupakan segala yang berlaku semalam. Dia mahu fokus. Namun, belum sempat dia sampai ke pintu café, tubuhnya tiba-tiba dilanggar kuat oleh seseorang! 

Arieshah hampir hilang keseimbangan. Dunia terasa perlahan... sebelum dia sempat jatuh, satu tangan cepat menangkap lengannya, menahannya daripada terhempas ke lantai. Arieshah terkaku. Situasi ini... degupan jantungnya berdetak lebih laju. Tangannya seolah-olah pernah berada dalam genggaman yang sama sebelum ini. Matanya membulat. Dia masih ingat. Waktu itu, dia di bilik guru, sibuk mengangkat fail, sebelum tubuhnya hampir rebah kerana tersadung. Dan Mukhriz... dia yang menahannya. Dia tersentak. Cepat-cepat dia menarik tangannya dan mendongak melihat wajah lelaki itu. Matanya membulat. Nafasnya tersekat. Mustahil... 

"Sayang?" Suara itu serta-merta mematikan lamunan Arieshah. Dia tersentak. Matanya membulat, menatap wajah lelaki di hadapannya. Tidak... ini tak mungkin. Arieshah segera menegakkan tubuhnya, cuba mengimbangkan diri. Nafasnya terasa sesak.

"Maaf, awak ni siapa ya?" soalnya tergagap, nada suaranya jelas bergetar. "Tiba-tiba panggil saya sayang." Dia menelan air liur dengan susah payah. Ini tak mungkin Mukhriz!

Lelaki itu tersenyum lembut. Senyuman yang pernah membuatkan jantungnya berdegup laju suatu ketika dahulu.

"Sayang dah lupa hubby ke?" Arieshah membeku. "Ni hubby lah." Dengan lembut, Mukhriz menghulurkan tangannya, memegang jemari Arieshah seperti dulu. Sentuhan yang pernah menjadi tempat Arieshah berlindung... kini terasa asing. Arieshah tersedar. Dia segera menepis tangan Mukhriz dengan kasar!

"Siapa sayang awak? Saya tak kenal awak!" Mukhriz terpana seketika. Arieshah mengetap bibir. Wajah Mukhriz—wajah yang pernah dia rindu setiap malam—kini hanya membangkitkan kemarahan dalam hatinya. Bayangan peristiwa semalam bermain dalam fikirannya. Sakit. Sakit yang dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu diungkapkan. Dengan mata yang mula berkaca, Arieshah menolak dada Mukhriz sekuat hati.

"Tolong pergi dari hidup saya!" Namun, tubuh Mukhriz langsung tidak berganjak. Dulu, mungkin dia akan terdorong ke belakang. Mukhriz yang sekarang bukan Mukhriz yang dulu. Lelaki itu sudah berubah. Tinggi. Sasa. Dan yang paling Arieshah tak boleh terima... dia masih boleh berlagak seperti tiada apa yang berlaku.

"Baik awak pergi sekarang, sebelum saya jerit minta tolong!" ujar Arieshah dengan suara yang sedikit meninggi. Mukhriz yang mendengar itu hanya tersenyum sinis. Nak jerit, ya? Jerit lah. Dia sedikit pun tak kisah.

"Sayang nak jerit? Nak minta tolong? Lebih baik sayang simpan suara sayang daripada sayang menjerit minta tolong." ujar Mukhriz dengan senyuman sinis dan sedikit mencabar Arieshah.

"Awak tak nak pergi? Baik, biar saya yang pergi!" ujar Arieshah lantas pergi meninggalkan Mukhriz keseorangan di situ. Mukhriz yang melihat Arieshah sudah pergi jauh meninggalkannya hanya tersenyum sinis. 

'Pergilah kalau sayang nak pergi, jangan risau hubby akan dapat sayang. Tak kira sayang suka tau tak cause you're mine!' ujar Mukhriz dalam hati sambil tersenyum sinis macam psycho. Orang lain kalau tengok, mesti dah anggap Mukhriz gila!

.....

Setelah selesai mengemas kafenya, Arieshah bersiap-siap mahu pulang ke rumah. Ketika itu, hanya dia seorang sahaja yang berada di cafe.  Semua pekerjanya, sudah pulang ke rumah. Arieshah mengunci pintu kafe dan berjalan menuju ke kereta Viosnya. Sedang dia berjalan menuju ke kenderaannya, tiba-tiba ada tangan yang menekup mulutnya dengan kuat dan mencempung tubuhnya dibawa masuk ke dalam kereta Range Over berwarna hitam. 

Arieshah tidak mampu berbuat apa-apa kerana tenaga lelaki itu sangatlah kuat melebih tenaga dia seorang perempuan. Arieshah hanya mampu menjerit kecil.

"Shhh, sayang. Jangan bising-bising." ujar Mukhriz dengan nada berbisik.

"Apa awak nak, hah? Mukhriz?" ujar Arieshah dengan penuh berani. Sungguh lain Mukhriz yang sekarang dengan yang dulu. Mukhriz yang dulu lembut sahaja pandangannya, tidak seperti Mukhriz yang sekarang.

"I want you. I miss you so bad." ujar Mukhriz dengan lembut sambil mengusap tangan Arieshah. Arieshah menepis kasar tangan Mukhriz dan itu membuatkan pandangan Mukhriz mencerlung tajam menatap mata milik Arieshah.

"Rindu? Pergi mampus dengan awak punya rindu tu." ujar Arieshah dengan penuh keberanian.

"Yes, I miss you so much." ujar Mukhriz dengan penuh menggoda. Arieshah hanya diam tak mampu untuk membalas. Mukhriz yang melihat Arieshah hanya diam tidak membalas apa-apa hanya tersenyum bangga dan memecut kereta ke suatu tempat.

"Awak nak bawa saya pergi mana ni, Mukhriz?" ujar Arieshah apabila menyadari kereta Mukhriz perlahan-lahan meninggalkan kawasan kafenya.

"Rahsia. Nanti bila dah sampai saya akan bagitahu awak." ujar Mukhriz sambil menyembunyikan senyumannya. Arieshah hanya diam tanda sudah mengalah. Benda bila dah kata rahsia, sampai bila-bila akan menjadi rahsia.

ᴘᴇʀᴛᴇᴍᴜᴀɴ ᴋᴇᴅᴜᴀ (Hiiatus)Where stories live. Discover now