Part 1 (JANJI TETAP JANJI)

337 6 0
                                    

Bagaikaikan mimpi aku selamat menjadi isterinya yang sah. Mak yang duduk disebelahku memaut bahu ku erat menenangkanku kemudian mak berbisik menyuruhku memandang ke hadapan di sana berdiri seseorang yang amat kukenali.

Dia berdiri dihadapan dengan senyuman menawan dalam persalinan Melayu yang sedondon dengan warna kuning busanaku. Entah kenapa tiba-tiba jantung ini mula bergetar hebat menahan debaran di dada apabila dia menghampiriku.

Lama aku terpaku memandang seraut wajah yang amat ku sayanggi sehinggalah dia menghulurkan tangan lalu aku melekapkan bibir ke jari-jemari yang kini sah menjadi milikku. Usai itu, inilah saat yang dinanti-nantikan ciuman pertamaku. Saat itu, aku rasakan seluruh tubuhku seperti dialiri arus elektrik dia melekapkan bibirnya ke dahiku. Hanya Allah saja yang tahu betapa bersyukurnya aku saat itu. Finally, you be mine!!.

Sinar mentari yang mencuri-curi masuk melalui lubang di celah-celah tabir mengejutkanku daripada lena. Kulirik jam sudah pukul 8.00 pagi rupa-rupanya, bisik hatiku.

Memang kebiasaan apabila cuti aku akan menghabiskan masa sehari suntuk di atas katil melayan lenaku. Tetapi mimpi indah yang menguliti tidur sebentar tadi membangunkanku secara automatik. Mimpi itu terlalu indah sehingga aku amat berharap yang aku tidak akan dibangunkan daripada mimpi indah itu.

Aneh tapi mimpi itu seperti nyata aku tidak pernah merasakan rasa berdebar yang amat dasyat sehingga terbangun dari lena aku dapat rasakan debaran itu. Adakah itu jawapan daripada istikharahku selama ini ataupun hanya mainan tidur semata-mata?.

Ammar..dialah yang menjadi tanda tanya selama ini yang sering hadir di dalam mimpiku. Tiba-tiba hati ini menjadi yakin bahawa dia akan menjadi milikku. Aku juga tidak tahu dimana datangnya keyakinan itu. Namun orang kata cinta itu datang dan pergi.

Adakalanya aku merasa kesepian jua kehilangan tanpa hadirnya dia didalam hidupku. Terkadang saat aku terbangun pada malam hari pipi basah di temani oleh air mata kerana merindui kehadirannya dan sebenarnya aku masih tertanya-tanya, apakah dia mencintaiku?.

Aku yang masih berbalut dengan selimut tersenyum sendiri dengan rasa perit untuk di telan. Terbit keluhan daripada bibir Arissa. Kalaulah dia boleh undurkan masa..

JANJI TETAP JANJIWhere stories live. Discover now