TERIMBAU PERKENALAN
2/2/2013
Bait-bait ayat yang terpapar di inbox laman muka bukunya diteliti dalam-dalam. Kata-kata yang terpacul di laman sosial itu menampar bebarapa kemuskilan. Menjemput sekali tanda tanya yang kini berselirat di benaknya.Khairul Ammar
Terima ksih..salam perkenalan..Khairul Ammar...Sebaris nama yang cukup asing bagi Arissa. Siapakah gerangan jejaka ini?
Kenalkah dia dengan jejaka yang segak berbaju Melayu kuning, bersampin, dan bersongkok baldu hitam lagi. 'Hensomenya..tapi..siapa dia ni?'. Bicara Arissa perlahan.
Berkerut sedikit dahinya memaksa kotak ingatannya agar pantas mencernakan jawapan. Namun tetap jua dia tidak temui.
Bebola matanya ditujahkan lagi pada gambar profil yang luas terbentang di skrin komputer ribanya. Lagaknya seperti seorang guru kerana terdapat nametag yang terletak elok di sebelah kiri dada bajunya.
'Mungkin cikgu kowt...' Tapi.. Siapakah dia?
Arissa Humaira
Sama2.. salam prkenalan juge..
Kite knl ke?Tanpa membuang masa dia terus menunjalkan soalan. Malas! untuk membebankan mindanya dengan pelbagai tanda tanya yang sukar untuk dia temui jawapan.
Khairul Ammar
Tak jugak..Belajar uitm sri iskandar kn?..kenal tak prof.Halim?Bertalu-talu soalan yang dilemparkan. 'Banyak soalan pulak mamat ni'. Gerutu Arissa.
'Dia belajar situ kugak ke?..Tapi..Profil dia tadi?'...Arissa berfikir sejenak, makin serabut pula fikirannya memikirkan perkenalan yang baru saja bermula.
Arissa Humaira
awk..belajar situ jugak ke?..oh! knl je sbb dia senior lecturer dkt situ and ajar sye lagi tu..Khairul Ammar
Ehh..taklah..sye cume tahu je tmpt tu sbb kampung kat situ..Prof.Halim tu pakcik sye..'Pulak dah..tak belajar situ..Oh! Pakcik dia..' meleret bibir mughil itu mengomel sendirian.
'Tapikan...takanlah Prof.Halim bagi tahu nickname FB aku kowt. Aku memang friend dengan dia..Tapi takanlah..' haiss!..
'Aku bukan best student pon..kalau ia pun takkanlah sampai nak kenalkan dengan anak buah dia..sangatlah tak logik'. Arissa menyangkal fikirannya agar tidak terus menerawang jauh ke benua Afrika.
Arissa Humaira
Oh! yeke..awak ni guru ke?khairul Ammar
yup..betul lah tu'Hah! kan aku dah agak'..Tersenyum riang gadis itu. Jawapannya mengena dengan tekaannya sebentar tadi. 'Mesti umur dia ni dah 20 lebih..Sebaya pakcik aku je'..Arissa mula membuat andaian sendiri.
Arissa Humaira
oh..ok cikgu khairul Ammar..Khairul Ammar
eh..tak payah panggil cikgu seganlah..'Pulak dah..seganlah konon'..Arissa tersenyum menahan tawa di dada..
Arissa Humaira
Paggil cikgu taknak..Klau panggil abang boleh ke?.. mesti umur dh 24 or 25 kn..'Amboi! bukan main miang daun keladi kau Arissa'..Dia tertawa sendiri. Abang ye!..
khairul Ammar
eh..boleh lah..abang..sye lgi tue dari awak kan..eh umur sye atas awak je..Malam itu dia menghabiskan masa berteleku di skrin. Melayari muka buku. Namun, belum sempat dia membalas chatting, line terus menghilang membuatkan jari-jemarinya berhenti menaip. Lama dia menunggu sistem menerbitkan laman itu.
'Haiss! kacau betul lah'..Wajahnya mengelat. Mencuka. Mungkin perkhidmatan jalur lebar agak perlahan. Di luar langit sedikit menghitam. Barangkali sedetik dua lagi, hujan menyimbah bumi.
Sekita kemudian dia menutup komputer ribanya lantas menghempas dirinya ke tilam empuk. Matanya belum ruyup. Rasa mengantuk juga belum datang. Bebola matanya ralit ke arah siling.
Fikirannya merawang jauh memikirkan seorang lelaki yang baru dikenalinya.
Biarlah malam ini ditemani senyuman bahagia di hati. Arissa sendiri tidak tahu, mengapa dia selesa dengan kehadiran lelaki itu.
YOU ARE READING
JANJI TETAP JANJI
RandomJanji tetap janji Takkan diungkiri Meskipun hati Telah dilukai Khairul Ammar..nama yang cukup asing bagi Arissa Humaira. Tiba-tiba lelaki itu muncul di laman muka bukunya. Lama kelamaan terbit rasa suka malah mengamit rasa cinta yang kian memutik di...