7/3/2013
Rasa itu semakin mengebu-gebu bukan kerana ketampanan wajahmu yang berhasil meluluhkan hatiku yang selama ini terkunci untuk setiap lelaki.
Sombong? bukan kerana itu tetapi kerana pendirian diri yang tersemat dihati. Ingin bertemu dengan seseorang yang pertama kali aku bertemu dan pertama kali kedua ibubapaku bertemu. Biarlah tiada percintaan ataupun istilah anak muda kini 'couple'.
Bisakah begitu? Arissa sendiri tidak mengerti dengan kehendak jiwanya. Biarlah Allah yang menentukan masa percaturan hidupnya.
Namun keperibadianmu jua caramu mengatur perjalanan kelangsungan hidupmu membuat aku sedikit terpersona. Semoga penilaianku tentangmu tidak berlebihan. Penilaian ini aku buat, bukan untuk merayumu, agar kamu mahu menjadi kekasihku melainkan sebagai wujud kekagumanku ataskarya ciptaan Allah yang telah mengenalkanku denganmu.
'Ring! ring' kedengaran telefon bimbitnya melalak minta untuk diangkat. Ringtone telefonnya telah memecahkan lamunannya sebentar tadi.
'Hissh! siapa pulak ni telefon aku pagi-pagi buta ni' Arissa bungkam diatas katil dari tadi tidak dapat lelapkan bebola matanya, puas dipaksa namun hanya bicara dihati mengiringgi malamnya.
Jam digital di skrin telefon bimbitnya menunjukkan jam 2.00 a.m. Nombor yang tertera di skrin di skrin tidak pula dikenali.
"Assalamualaikum". kedengaran suara garau dihujung talian menerpa dicuping telinganya setelah button hijau ditekan Arissa.
"Waalaikum salam..siapa ni yerh?" soal Arissa sedikit pelik. 'Sape pulak ni, tak pernah kenal pun suara laki ni' gumam Arissa di hati.
"Ni Ammar..nak tanya ni". Pertanyaan lelaki itu membuatkan Arissa seolah-olah berada diawang-awangan, gugup pun ada.
'Oh! no! Why you call me now?' huarghh!! berteriak Arissa di dalam hati. Terasa sesak dadanya saat ini.
"Tanya je lah " laju bibir itu meluahkan butir bicara memberikan keizinan.
"Kenapa awak suka saya " tujah Ammar kepada Arissa.
"Hah? se..seb..sebab..' eh! tiba-tiba tersekat suaranya di kerongkong. 'Macam baru nak belajar bercakap' puihh! bermacam-macam seranah yang dilontarkan dihati.
"Sebab apa? kenapa ni, takkan takut" lelaki itu mulai membuat andaian sendiri. Kedengaran bauan sindiran suara itu di benak Arissa.
'Ya, Allah! kenapa tiba-tiba rasa macam nak pecah jantung ni..Tulah semalam tak fikir panjang aci cakap je. Sekarang sendiri tangunglah wei!' marah Arissa dengan kebodohan dirinya.
Semalam, tiba-tiba hadir sebuah keberanian dirinya meluahkan rasa hatinya pada lekaki itu dilaman muka buku. Entah suka, entah meluat lelaki itu menerima pengakuan tak masuk akal Arissa.
"Sebab..erm..su..suka..lah..he!" tersekat-sekat kata-kata yang dituturkan Arissa, rasa macam angin yang terhambur keluar dari kerongkongnya.
Arissa mengigit hujung bibirnya dengan sedikit kerutan di dahinya, dia mula tidak senang duduk macam cacing kepanasan. Tiba-tiba rasa berbahang pula sedangkan kipas nombor 3 berputar kuat dihadapannya. 'Huh! payah betul bila ada penyakit hati ni' gerutu hatinya.
"Oh! jadi..nak kahwin dengan kita lah ni?" ujar lelaki itu slumber.
'What! kahwin..mak!! tolong kakak please..' sakit dadanya menahan jeritan. Ya, Allah! sungguh seram sejuk woi!
"Kenapa tanya macam tu..awak nak ke dekat saya ni?" huh! kata-kata itu seperti buah keras yang sukar untuk dilepaskan dari hatinya.
Mengalir rasa cinta dihatinya buat lelaki itu. Wait! bukan dia pinta tetapi Allah yang memberi rasa. Okay!
"kalau ada jodoh, kenapa tak.." balas lelaki itu.
Di hati hanya berdoa. Andai dia untukku dekatkanlah, andai bukan jauhkanlah rasa yang baru mulai membiak dihatinya.
Tanpa disedari lama mereka berbual di atas talian. Setelah itu, Arissa terus bangkit dari duduknya untuk mengambil wudhuk dan menunaikan solat sunat istikharah.
Berbahagialah duhai hati. Mungkin hari ini kau temui sinar bahagia. Hari esok mungkin nasib tidak seindah hari ini dan hari-hari sebelumnya.
YOU ARE READING
JANJI TETAP JANJI
De TodoJanji tetap janji Takkan diungkiri Meskipun hati Telah dilukai Khairul Ammar..nama yang cukup asing bagi Arissa Humaira. Tiba-tiba lelaki itu muncul di laman muka bukunya. Lama kelamaan terbit rasa suka malah mengamit rasa cinta yang kian memutik di...