Bab 4 : Bijana Emas dan Perak

528 1 0
                                    

DEFINISI

Bijana bermaksud alat perkakas kegunaan kita setiap hari seperti pinggan, mangkuk, gelas, sudu, pisau dan lain-lain lagi .

HUKUM

●Penggunaan bijana daripada emas dan perak hukumnya adalah haram.
- Sebab dihukumkan haram adalah :
kerana tegahan - Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

" Jangan kamu minum pada segala bijana emas dan perak dan janganlah kamu makan pada semua pinggannya ". ( Riwayat Al-Hakim ).

●Kerana akan menjadi beku tidak dapat menambah atau mengembangkan ekonomi.
●kerana boleh menimbulkan rasa kecil hati dari kalangan fakir miskin.

▶Haram menggunakan bijana emas dan perak seperti pencelak mata bekas celak, sikat dan lain-lain.

▶Haram seseorang itu mengupah dan mengambil upah membuat sesuatu bijana daripada emas dan perak. Dan tidak wajib ganti apabila memecahkan alat permainan yang diperbuat daripada emas dan perak.

▶Hukum menyimpan bijana emas dan perak hukumnya adalah haram begitu juga hukum menyadurkan bijana besi atau tembaga dengan emas atau perak juga adalah haram.

▶Bijana emas dan perak yang disadurkan dengan tembaga atau sebagainya tidak haram.

▶Hukum bijana yang ditimpal dengan perak:-
Jika besar tampalannya pada kebiasaan kerana perhiasan hukumnya adalah haram.

▶Jika besar tampalannya pada kebiasaan kerana hajat atau keperluan hukumnya harus beserta makruh.

▶Jika kecil tampalannya pada kebiasaannya kerana perhiasan hukumnya makruh.

▶Jika kecil tampalannya kerana hajat hukumnya tidak makruh.

▶Hukum menampal bijana dengan emas hukumnya adalah haram.

▶Makanan atau minuman yang ada di dalam bijana emas atau perak hukumnya adalah halal di makan atau diminum kalau ia bukan daripada makanan yang haram, yang diharamkan hanyalah menggunakan bijana-bijana tersebut.

▶Dihukumkan haram menggunakan bijana itu adalah terhadap ke semua manusia sama ada lelaki atau perempuan.

▶Bersuci dengan menggunakan bijana emas atau perak itu hukumnya adalah sah.

Rujukan: (Kitab Matlaal Badrain - Syeikh Daud Fattani)
(Kitab Fiqh Syafi'I - Al-Ustaz Hj. Idris Ahmad S.H)

Fiqh IbadahWhere stories live. Discover now