1. Tujuan menyamak ialah untuk menyucikan kulit yang najis (bangkai).2. Hukum menyamak kulit adalah harus.
3. Menyamak tidak tertentu kepada orang Islam sahaja bahkan orang kafir pun boleh menyamak asalkan ia mengikut cara yang dilakukan oleh orang Islam.
4. Hubungan menyamak kulit dengan kehidupan manusia:
◆Untuk menambahkan ekonomi bagi mereka yang melakukannya.
◆Untuk mengelakkan daripada pembaziran.5. Hanya kulit sahaja yang boleh disamak, tidak boleh pada kuku, gigi dan tulang.
6. Takrif dan pengenalan bangkai :
◆Binatang yang halal dimakan yang mati tidak disembelih mengikut cara-cara Islam.
◆Binatang yang haram dimakan yang mati sama ada disembelih atau tidak, tetap ia menjadi bangkai.7. Binatang-binatang yang mati termasuk dalam jumlah bangkai:-
◆Binatang yang disembelih dengan menggunakan tulang.
◆Binatang yang disembelih oleh orang Majusi (orang yang menyembah api)
◆Sembelihan orang-orang yang berihram (Ihram haji atau umrah)8. Binatang yang tidak suci kulitnya walaupun disamak:
◆Babi
◆Anjing
◆Anak yang dilahirkan daripada perkahwinan di antara anjing dan babi.
◆Anak yang dilahirkan daripada perkahwinan binatang yang halal dengan anjing atau babi.9. Alat-alat yang digunakan untuk menyamak kulit iaitu sesuatu yang tajam rasanya atau kelat seperti tawas, cuka, asam, limau dan sebagainya.
10. Cara menyamak kulit binatang :
◆Terlebih dahulu hendaklah disiat kulit binatang daripada anggota badan binatang (setelah disembelih)
◆Dicukur semua bulu-bulu dan dibersihkan segala urat-urat dan lendir-lendir daging dan lemak yang melekat pada kulit.
◆Kemudian direndam kulit itu dengan air yang bercampur dengan benda-benda yang menjadi alat penyamak sehingga tertanggal segala lemak-lemak daging dan lendir yang melekat di kulit tadi.
◆Kemudian diangkat dan dibasuh dengan air yang bersih dan dijemur.11. Kulit yang disamak itu haram dimakan kerna boleh mendatangkan mudarat pada anggota badan manusia.
12. Maksud perkataan suci zahir dan batin pada menyamak kulit binatang:
◆Suci pada zahir itu ialah ialah sebelah luar tempat tumbuh bulu yang telah dicukur dan kulit itu melekat pada daging.
◆Suci pada batin ialah di sebelah dalam kulit yang bermakna kulit itu dibelah maka bekas belahan itu suci.13. Bulu-bulu binatang yang telah disamak dan terlekat pada kulit kiranya sedikit adalah dimaafkan.
14. Hubungan menyamak kulit binatang dengan ilmu-ilmu yang lain:
◆Pada Ilmu Muamalat kulit yang telah disamak boleh dijualbeli.
◆Pada Ilmu Jinayat kulit yang telah disamak boleh dipotong tangan apabila dicuri.
◆Pada Ilmu Faraid kulit yang telah disamak boleh dipusakakan.15. Kesimpulan ialah menyamak kulit binatang adalah bertujuan menyucikan kulit.
( Kitab Matlaal Badrain - Syeikh Daud Fattani )
YOU ARE READING
Fiqh Ibadah
General Fictionالسلام عليكم. Manusia seringkali alpa. Tidak semua ilmu dapat disimpan dalam otak kita kerana ilmu itu banyak dan sangat luas. Disini saya ingin mencoretkan ilmu Fiqh Ibadah untuk rujukan kita bersama. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu kita ya...