POV Aeri
Kelihatan Lay berjalan menuju ke arahku mengenakan kemeja putih bersama tali leher hitam dan berseluar panjang hitam.
Dia berdiri menghadapku lalu melemparkan senyuman bersama lesung pipit disebelah kanan pipinya.
"Aeri. Saya sebenarnya dah lama suka dekat kamu." - Lay
*What? Dia suka aku? Biar betik
"Sudikah kau menjadi peneman sehidup dan semati daku?" - Lay
Aku terkesima mendengar luahan daripada mulutnya sendiri. Tidak sangka. Dia mempunyai perasaan terhadapku? Lepas tu ajak aku kahwin? Sungguh bahagia terasa dihati. Kaki ku terasa ingin melompat-lompat keriangan. Suka sangat.
"Aeri-ah! Aeri-ah!" - Lay
*Aip. Sejak bila Lay panggil aku macam tu? Setahu aku channie oppa yang memanggil aku begitu.
Tokk tokk tokk!
"Aeri-ah! Bangun. Matahari dah tegak atas kepala ni." - Chanyeol
Gedebukk!
"Adoi. Sakitnya." Ngaduhku kesakitan pada bahagian pungggung.
Ketukkan Chanyeol bersama suaranya yang dalam dan garau menyedarkan ku daripada tidur yang nyenyak dan penyebab aku jatuh katil.
"Ye. Dah bangun la ni."
*Ala. Aku mimpi rupanya. Ni mesti kes tidur tak basuh kaki.
"Cepat siap dan turun sarapan. Omma dan Appa dah tunggu. Nanti diaorang bising." - Chanyeol
"Baiklah. Give me 10 more minutes." balasku sambil menggosok-gosok mata dengan menggunakan belakang tangan.
Sempat ku mengerling ke arah jam pada dinding. 8.00 pagi. Masih awal.
"Kurang asam punya oppa. Pandai dia kelentong aku. Harini kan cuti. Siapla kau nanti."
Aku terus melompat dari katil lalu menuju ke kamar mandi. Usai mandi aku mengenakan t-shirt pink bersama seluar jeans pendek. Rambut ku ikat satu.
Aku meneliti penampilan ku dicermin. Amat simple tetapi menarik. Tak perlu solekkan yang melampau kerana aku tidak suka menonjol.
Walaupun omma dan appa ku orang terkemuka. Aku memang tidak suka menunjuk. Realitinya rakan-rakan ku di sekolah tidak tahu pekerjaan sebenar omma dan appa ku.
Aku pulas tombol pintu lalu keluar daripada bilik dan berjalan menuruni tangga.
Kelihatan omma yang sedang menyediakan sarapan memandang ke arahku sambil memberi senyuman manakala appa sedang khusyuk membaca surat khabar. Chanyeol sudah menanti kehadiran ku dengan setia di meja makan.
"Morning omma, appa.. Morning oppa." ucapku lalu duduk di kerusi meja makan berhadapan dengan Chanyeol.
"Good morning sayang. - Omma
"Morning Aeri-ah." - Chanyeol
Appa hanya balas dengan anggukkan. Pandangannya masih tertumpu pada surat khabar. Omma kini duduk bersebelahan dengan ku.
Aku mencapai dua keping roti lalu menyapukan butter di atas permukaannya. Selesai menyapu ku suakan ke mulut.
"Chanyeol, Aeri. Petang ni pastikan ada dekat rumah. Kawan Appa yang lama Encik Zhang nak datang dengan family dia. Dinner dekat sini sekali." - Appa
"Baiklah appa." Aku dan Chanyeol mejawab serentak.
*Siapa pula la Encik Zhang ni. Dengar nama je pun dah rasa seram sejuk. Ni mesti nak cari jodoh untuk Channie oppa.
ŞİMDİ OKUDUĞUN
In Love with My Teacher? [MALAY] On Hold
FanfictionAeri - gadis yang amat bencikan subjek matematik. Kuat berangan. Ingin mencari cinta sejati. Lay - Guru matematik yang amat tampan. Menjadi kegilaan gadis-gadis disekolahnya. Telah lama solo. Apakah yang bakal berlaku antara Aeri dan gurunya Lay ? ...