Handball♥

246 18 6
                                    

POV Lay

Kolar serta tali leher hitam yang diikat kemas aku betulkan. Lengan kemeja hitam aku lipat paras siku. Nafas ditarik dalam-dalam. Kaki aku sekali lagi melangkah masuk ke dalam kelas Aeri. Jujur aku malas mahu berdepan dengan gadis itu. Tetapi harini aku terpaksa hadir untuk menggantikan guru yang tidak sihat.

"Bangun! Selamat sejahtera cikgu." - Semua pelajar

"Selamat sejahtera semua. Duduk."

"Terima kasih cikgu." - Semua pelajar

"Baiklah. Hari ni saya bakal menggantikan Sir Sehun. Oleh kerana dia tidak dapat hadir atas masalah kesihatan. Kamu semua ada bawa baju sukan masing-masing?"

"Ada!" - Semua pelajar

"Bagus. Saya bagi masa 10 minit untuk tukar pakaian selepas itu saya nak kamu semua berada di padang sekolah."

"Baik Cikgu." - Semua pelajar

Semua pelajar kelihatan berpusu-pusu keluar dari kelas dan tanpa sengaja aku tertatap mata dengan Aeri yang masih berdiri di mejanya. Sempat dia mengukir senyuman. Cepat-cepat aku melarikan padangan ke arah lain.

"Saya kata cepat! Jangan terhegeh-hegeh." Tegasku.

Semua berlari keluar dari kelas termasuk Aeri. Tanpa berlengah aku turut pergi ke bilik persalinan pakaian khas untuk guru. Usai mengenakan t-shirt lengan pendek bersama seluar sukan aku mengorak langkah ke padang sekolah.

Kelihatan semua pelajar sedang menanti kehadiranku. Aku terus mengira jumlah pelajar dan ternyata mencukupi.

"Baiklah. Memandangkan semua dah ada pada waktu yang tepat saya nak kamu semua lari 5 pusingan mengelilingi padang sebelum kita memulakan aktiviti bersukan."

"Banyaknye cikgu. Kurangkan sikitla." - Yoona

"Saya up kan lagi jadi 10 pusingan. Disebabkan ada yang complain."

"Eeee.. apala kau ni Yoona.." - Taeyeon

"Aduh.. Lagi banyak kita kena." - Hyomin

"Manala aku tau. Aku tanya je." - Yoona

"Kita nak main sukan apa cikgu?" - Seulgi

"Bola baling. Cepat semua jangan melengah-lengahkan masa. Mula berlari sekarang."

Semua pelajar mula berlari mengelilingi padang manakala aku hanya memerhati mereka dari jauh.

POV Aeri

*Wahh.. aku paling suka bersukan. Inilah peluang untuk aku menyerlah. Memang mustahil la aku nak tido waktu sukan.

"Kita nak main sukan apa cikgu?" - Seulgi

"Bola baling. Cepat semua jangan melengah-lengahkan masa. Mula berlari sekarang." - Lay

Aku akur dengan arahan bakal suami aku lalu terus berlari dengan pantas memotong rakan-rakan yang berada dihadapan.

Selesai 10 pusingan berlari aku berhenti di hadapan Cikgu Lay. Aku orang yang pertama tiba. Walaupun sedikit tercungap-cungap kepenatan. Tanpa segan aku duduk melunjur untuk kurangkan sesak nafas.

Cikgu Lay menghulurkan air botol mineral kepada aku. Dengan perasaan bahagia tak terkata aku mengambil air tersebut lalu meneguk dengan pantas.

"Thanks." Aku berkata setelah habis sebotol air diteguk.

"No problem." - Lay

Dapat aku dengar rakan-rakan yang lain sedang bercakap tentang kami. Tapi aku langsung tak kisah semua tu sebab suatu hari nanti diaorang semua pasti akan tahu.

"Okay semua. Saya nak kamu bahagikan kepada dua kumpulan untuk melakukan aktiviti yang seterusnya iaitu bola baling. Setiap kumpulan perlu melantik ketua." - Lay

"Aeri jom kita join group yang sama sekali dengan Hyomin." - Minhee

Ajak Minhee sambil merangkul tanganku.

Aku hanya membalas dengan anggukkan tanda setuju dengannya. Jujur bola baling adalah permainan kesukaan aku sejak sekolah rendah lagi.

"Siapa nak jadi ketua kumpulan kita?" - Nara

"Aeri? Sebab dia pro bab-bab sukan ni." - Jieun

"Aku setuju." - Hyomin

"Aku pun." - Seulbi

"Aeri? Kau setuju tak nak jadi ketua?" - Nara

"Boleh je. No hal."

"Ketua kumpulan sila berada disini." - Lay

Aku akur dengan arahan. Kakiku melangkah lalu berdiri menghadap Sara iaitu ketua kumpulan yang berlawanan.

Sara memeluk tubuh dan memberikan pandangan serong pada aku.

Cikgu Lay mengarahkan kami berada di tengah-tengah padang. Dengan kiraan tiga dia membuat lontaran bola ke atas. Bola itu berjaya di rampas oleh Sara terlebih dahulu.

Kumpulannya dapat memulakan permainan ini dahulu. Aku beralih ke tempat di mana ahli kumpulan ku berada. Mengambil tempat di hadapan.

"Sedia. Mula!"arah Cikgu Lay lalu meniup wisel yang tergantung pada lehernya.

Kumpulanku berjaya mendahului kumpulan Sara dengan beza satu mata sahaja.

Aku sempat menoleh ke arah Cikgu Lay yang amat tampan sekali apabila berada dibawah sinar matahari. Membuatkan kulitnya lebih terserlah apabila terkena cahaya.

Tiba-tiba..

"Aeri! Hati-hati!" Jerit salah seorang daripada rakan aku.

Phangg!!

Aku jatuh terduduk setelah bola kena tepat pada wajahku. Terasa cecair panas mengalir keluar dari hidung.

Wajah Cikgu Lay berada betul-betul dihadapanku. Dia kelihatan cemas apabila memandang wajah aku.

"Aeri, kamu okey?" Soalnya.

Aku tersenyum seperti kerang busuk. Bahagia apabila ada orang begitu prihatin.

Penglihatan aku kian kabur malah bertambah kelam.

Dunia seakan-akan berubah menjadi gelap gelita.

Hitam.

POV Lay

"Aeri. Aeri! Bangun!"jeritku dengan kuat sambil tangan aku mula memangku tubuhnya yang kecil. Dengan segera aku bawa ke bilik rawatan.

Entah kenapa aku merasa risau yang amat. Hati aku menjadi huru-hara. Kelam kabut. Fikiran aku kusut.

Melihat tubuh kecil itu terbaring kaku di atas katil terasa ingin dibawa dalam dakapan hangat aku.

Bibirnya yang mungkil lagi kemerah-merahan terasa ingin aku nikmati bersama rentak irama bibir aku.

'Apa yang aku merepek ni?

Mustahil la kalau aku cakap yang aku dah suka dia?

Kalau betul apa salahnya?'

[BERSAMBUNG]

In Love with My Teacher? [MALAY] On HoldHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin