AKU

1.2K 22 14
                                    

Perempuan. Kasar. Minat membaca. Minat sukan lasak. Berkawan dengan lelaki, kebanyakannya. Itu aku.

Aku tak ramai kawan. Maksud aku, kawan yang betul-betul tahu aku luar dalam. Boleh kira pakai jari yang betul2 boleh dipanggil sahabat. Bukan sebab aku yang takpandai berkawan. Err, mungkin jugak la kot. Hari-hari ku dipenuhi dengan aktiviti membaca, takpun main basikal.

Habis baucer buku yang kerajaan bagi aku bagi kat brader yang jual novel urban, kerajaan bagi aku RM250 baucer, RM250 tu jugak la aku bg kat brader tu. Yang kaya brader tu, aku kaya buku, dapat la dalam 15 buku. Cukup la stok untuk beberapa bulan.

Ahh, tipikal la kalau lepas dapat barang yang kita teruja nak dapat, amik gambar, upload kat instagram. Biasa dah tu. Biasa dah aku tengok. Aku pun biasa gak buat. Baca nya belum, excited nak tunjuk kat orang yang kau mampu beli buku banyak2. Padahal guna duit kerajaan, yang kerajaan dapat dari duit rakyat jugak. Eh, duit aku ada jugak la kan kat dalam ni?

Kejap-kejap tengok handfon, nak tengok siapa yang like, siapa yang komen. Emm..ramai jugak yang like. Ada la dua tiga orang komen lepas sejam lebih. Yela, aku bukan ramai kawan pun. Eh, siapa yang komen ni, tak kenal pun?

Hazmi : ada sapa2 yang tengah tunggu sambungan novel ni? Next year keluar ;)

Aku : @hazmi95 eh, nak keluar novel dah? Power seyhh!!

Aku : eh, salah tag pulak @hairulhzmi

Hazmi : eh, boleh pulak salah tag ye. Huhu

Start dari sini la aku kenal mamat ni. Dari sini, kembang ke wechat, dan terus ke whatsapp. Masuk air. Aku kalau budak masuk air ni, senang nak masuk. Sebab aku boleh masuk air sekali dengan dia. Haha.

Sembang punya sembang, dia ajak tengok teater pulakkk. Hamboi, bagi betis nak peha! Aku pun lama tak tengok teater, on je la since cerita teater tu dari novel yang aku baca. From the true story. Dan cerita kami pun bermula.

AwakWhere stories live. Discover now