KENAL KAH?

793 19 8
                                    

"Awak nak balik terus ke lepas ni?" Aku tanya. Sebab rasa tak puas nak jalan berdua, gelak tawa, berborak pasak minat. Tak puas. Tak puas tengok muka sebenarnya. Something fishy with my heart. Aihh.

"Eh, semalam masa jumpa, borak dalam bas, pakai aku kau je. Ni tiba-tiba pakai saya awak. Minat ke?" Senyum-senyum pandang aku. Mata kenyit-kenyit pulak. Ish. Kau ni. Cium kang.

"Haa? Mana ada. Biasa je." Padahal dalam hati dah debar-debar tahan malu.

Malu? Bukan malu. Tapi entahlah. Aku nak kawan. Nak jadikan sahabat. Sebab aku tak ramai sahabat. Susah nak dapat. Yang amik berat. Yang jaga aku walau baru sehari jumpa. Susah beb. Tapi sekarang ni, aku kelu. Aku taktahu kenapa aku jadi macam ni. Padahal kawan lelaki aku ramai. Sebab keadaan aku macam ni la aku mudah masuk dengan geng lelaki. Tapi sekarang? Ni dah masuk fasa lain ni. Ish. Perit. Perit.

Kami berdua balik dari makan kat medan selera PWTC terus tuju ke stesen LRT PWTC. Beli tiket. Naik tangga ke platform. Duduk di bangku paling hujung untuk gerabak paling belakang. Ada makcik sebelah aku, berdiri. Aku bangun. Senyum dan suruh dia duduk. Dia senyum semula. Fitrah manusia, akan hormatkan orang lebih tua, dan senyum? Mungkin. Entah lah.

5 minit kemudian, tren sampai. Aku dan dia masuk gerabak. Berpaut di tepi pintu keluar masuk. Dan aku masih senyap. Awkard moment. Bukan aku banyak bercakap ke dari semalam? Ni semua sebab kau tanya macam tu. Ish!

***

Pesta buku bulan 12, teater workshop bulan 2. Ada gap lebih kurang dua bulan. Dalam masa dua bulan tu, dia memang kerap hubungi aku. Dan aku masih taktau, apakah hubungan kami sebenarnya. Kawan? Sahabat? Kekasih? Biar masa yang tentulah segalanya.

Teater workshop tu diadakan di Jaya One. Aku tak pernah dengar pun. Mall baru kot. Dia yang cari tempat. Kami naik LRT dari Gombak menuju ke stesen Asia Jaya. Ohh, ya. Dia duduk di Sri Gombak. Dan aku menumpang di rumah makcik aku kat Taman Melati. Dan aku taktau la macam mana boleh dekat sampai macam tu sekali.

"Kita nak terus pergi Jaya One,atau nak pergi nak pergi mana-mana dulu. Show pukul 3 kan?"

"Aah pukul 3. Kita pergi terus lah. Sebab taktau tempat kan? Kat sana mesti ada tempat makan." Aku risau lambat. Bagi aku, biar sampai awal, jangan lewat.

Lepas dua bulan pesta buku dulu, ni first time kitorang jumpa semula. Ahh, perasaan tu tetap sama. Tu aku, taktau la dia. Dalam tren banyak benda yang kami borakkan. Maklumlah lama tak jumpa. Dari pasal buku, writer, teater, hinggalah ke filem.

Aku baru tau yang dia ni sebenarnya adalah movie collector. Pernah bekerja sebagai pembantu kedai Speedy. Ala, kedai yang jual CD dengan DVD tu lah. Masa sekolah dia buat part time kerja kat sini. Patut la aku pernah nampak dia upload koleksi DVD yang dia ada. Banyak siot!

"Tapi saya kena buang kerja. Hmm." Saya awak masih diteruskan selepas tragedi pesta buku. Blushing tetiba.

"Hah? Asal pulak?"

"Ada pekerja lain tak puas hati dengan saya sebab saya selalu kena puji dengan bos. Dia pergi report kat bos saya suka curi tulang, hisap rokok."

"Habis tu betul tak yang awak curi tulang?"

"Saya keluar hisap rokok je kat belakang. Bukan lama. Tak sampai 5 minit pun. Dia saja nak kenakan saya."

"Orang kalau dengki, bukan dia kisah. Cakap la apa pun, asalkan dapat jatuhkan orang. Maaf nak cakap. Tapi yang mostly macam ni orang kita sendiri." Keluh aku. Pelik dengan sikap orang kadang-kadang. Kawan kena puji, patut kita sokong atau bersaing secara sihat nak tingkatkan diri. Ni tak. Jatuhkan orang supaya kau dapat naik. Kepala otak kau!

***

"Kita jalan kaki je lah. Rasa macam tak jauh mana pun."

"Yeke? Jauh lah. Cuba awak tengok waze awak tu betul-betul." Panas ni. Takkan nak jalan.

"Ala, kalau jalan kan boleh sambil-sambil borak."

"Haa. Okay la. Okay." Padahal dalam hati takmau.

Lalu taman perumahan. Ada taman permainan. Main pusing-pusing jap. Dah macam budak-budak dah aku tengok. Lalu depan Jaya Shopping Centre. McD. Masjid. Kilang-kilang. Dan kilang lagi. Baru la sampai. Aihh. Penat. Tapi best. Sebab apa? Sebab sambil jalan sambil borak. Merapatkan lagi hubungan. Gittewww.

Masuk. Pastu blur. Mana nak cari ni weh. Tanya guard. Nasib guard paham. Dan kami terus ke sana. Bila sampai tengok belum ramai lagi yang datang.

"Jom makan. Lapar kan?" Tau-tau je kau kan.

Pusing kiri, pub. Pusing kanan, bar. Aihh. Mana ni. Keluar sikit. Tengok macam ada kedai mamak kot. Boleh la. Dari takde. Makan sebelum show.

Dan kami tonton teater. Yang kebanyakan pelakonnya dikenali. Nami of cos la ada.

Dan. Nami lagi.

AwakWhere stories live. Discover now