"Kuwaja giler kau sanggup biar aku kena sebat dengan paknyet! Kawan jenis ape kau ni?!" Tengking Kee"Beb, sape suruh kau fly tak ajak aku semalam. Padan muka!" Ujarku dengan nada merajuk.
Kee dan aku bersahabat sejak di tingkatan satu lagi. Keakraban kami ibarat isi dengan kuku sehinggakan ada yang menyatakan kami ini songsang. Hahaha. Manusia mulut lebih busuk dari longkang. Suka sangat makan daging sesama saudara. Sedangkan terciptanya mulut untuk berzikir pada yang Esa.
Hari ni merupakan hari pendaftaran bagi pelajar baru. Aku selaku pengawas yang berkarisma dan bertanggungjawab telah ditugaskan pada hari tersebut. Padan mulanya aku agak keberatan memandangkan tugas ini pasti membuat aku keletihan yang teramat. Tapi persepsi aku berubah 100% apabila Kee berkata
"Kalau aku jadi kau, aku rela pi sana. Yelah, tak payah dengar cikgu membebel. Pastu dapat plak cuci mata usha budak baru. Aummmm!"
Ya. Betul kata Kee. Hari ni bukan setakat cuci mata, spin, dry, siap disidai di ampaian mataku ini.
Dalam kesibukan para waris dan pelajar mendaftar di dalam dewan sekolah, mata aku tertacap pada sekujur tubuh yang sangat menarik. Matanya kuyu. Hidungnya patah seperti patahnya imanku sekarang ini. Pipinya gebu ke merah-merahan. Keningnya kemas dan halus bulunya. Bibirnya tebal di bawah nipis diatas. Bila dia senyum hilang terus bibir atasnya. Mungkin malu dengan aku.
Aku cuba mengorak langkah menghampirinya. Ketika itu aku betulkan pakaianku yang kini mulai kusut.
*dushh
"Jalan guna mata. Bukan lutut!!" Marah orang itu.
"Maaf maaf. Saya tak sengaja." Pohonku dengan hati yang membara.
"Disebabkan kau yang salah, so kutip semua ni dan hantar ke bilik aku" katanya dengan biadap.
"Baiklah." Ku terima arahan tersebut dengan acuh tak acuh.
Setelah habis mengutip segala barang yang berterabur di lantai, aku mengikut dia keluar dewan. Situasi aku sekarang umpama seorang hamba abdi.
Setibanya di hadapan pintu masuk asrama, aku berhenti melangkah.
"Maaf. Sampai sini saja saya boleh tolong awak." Penuh tatasusila aku berkata.
"Eh! Apa pulak. Tadi kan janji sampai ke bilik!"
"Tapi awak sini kawasan larangan saya."
"Habis tu kau nak aku angkat kotak berat ni sorang-sorang? Kalau aku jatuh tangga camna? Kau nak bertanggungjawab?"
"Nanti saya panggilkan pengawas perempuan untuk tolong nanti awak. Bye" Teruskan aku berlari mencari rakan seperjuanganku
"Yatt!!"
"Haa dah kenapa kau tercungap-cungap ni? Kena kejar hantu ke?"
"Banyak laa kau. Ni kau nampak tak budak perempuan yang kerek tu?"
"Mana. Tak nampak pun"
"Tu depan gate aspuri tu" ku tunding jari ke arah pintu asrama.
"Okhay nampak. So??"
"Tolong angkat brang dia ke bilik dia. Thanks!"
*
YOU ARE READING
ceritanya macam ni
RomanceHidup ni terlalu singkat. Ia umpama antara azan dan iqamat. Seperti A dengan B. Jaraknya hanya sejengkal. Dalam tempoh ini lah pelbagai aktiviti yang ingin kita lakukan. Berjaya dalam pelajaran, peroleh kerjaya yang hebat, berbakti kepada ibu bapa...