Taubat - Opick
Wahai Tuhan jauh sudah
Lelah kaki yang melangkah
Aku hilang tanpa arah
Rindu hati sinar-Mu
Wahai Tuhan aku lemah
Hina berlumur noda
Hapuskanlah terangilah
Jiwa di hitam jalanku
Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkau
Sang Maha Pengampun Dosa
Ya Rabbi ijinkanlah
Aku kembali pada-Mu
Meski mungkin takkan sempurna
Aku sebagai hamba-Mu
Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkau
Sang Maha Pengampun Dosa
Berikanlah aku kesempatan waktu
Aku ingin kembali
Kembali kepada-Mu
Dan meski tak layak
Sujud pada-Mu
Dan sungguh tak layak aku...
***
"Assalamualaikum! Mak Cik Sari!"
Sarimah yang sedang menggoreng sayur terkejut melihat Mastura yang terjengul di muka pintu dapur. Hai... Baru masuk tengah hari dah terjengul kat depan pintu rumah aku ni? Sihat ke tidak budak bertuah ni?
Sarimah memandang hairan kepada Mastura. Adik kepada menantunya, Hannah Maryam. Gadis sederhana tinggi itu hanya mengukir senyum. Memanglah anak gadis itu ceria orangnya. Selama enam tahun tinggal di England kerana belajar dan bekerja, kini sudah setengah tahun gadis itu kembali ke Malaysia.
"Kenapa pandang Mas macam tu?" Mastura masuk ke dalam rumah tanpa dipelawa. Apa yang nak dikisahkan, dia sudah biasa keluar masuk rumah itu. Spontan dia memeluk bahu Sarimah sambil matanya melirik ke arah sayur yang sedang digoreng di dalam kuali.
"Sejak dua menjak ni, kerap benar kau datang ke sini, Mastura?" tanya Sarimah sambil mengerling raut wajah selamba gadis itu.
"Alah mak cik ni... Takkan tak boleh kut... Tak suka Mas datang, ya?" tawa manjanya kedengaran. Dibiarkan saja Mastura mengambil sudip dari tangannya. Lincah gadis itu mengambil alih tugasnya. Dari sudut penelitian Sarimah, gadis itu tidak kalah dari segi paras rupa dengan kakaknya. Wajahnya manis dihiasi anak mata coklat dan berkulit putih gebu. Berambut lurus panjang dan ikal di hujungnya. Bezanya hanyalah perwatakan mereka, Mastura lebih pandai melakukan kerja dapur. Tak perlu disuruh, cepat aja tangannya bergerak. Berbanding dengan sikap menantunya yang perlu diajar itu dan ini. Itupun kadang-kadang ada kerja dapur yang dibuat oleh Hannah tidak menjadi. Ada jugalah sebiji dua pinggan mangkuknya yang pecah ketika dicuci oleh Hannah. Namun begitu, dia terima seadanya kelemahan menantunya itu. Sayangnya tetap sama seperti sayang kepada anak kandungnya sendiri.
"Bukan itu maksud mak cik... Tapi kau tu pelik semacam aja! Kalau Anis ada, taklah aku ni hairan sangat..." Seketika dia teringatkan anak bongsunya yang kini bekerja di Kuala Lumpur.
YOU ARE READING
Bukan Kerana Aku Tak Cinta
RomancePenulis : E-Man Sufi Product: Bukan Kerana Aku Tak Cinta Semenanjung : RM24 Sabah/Sarawak : RM27 Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.karyaseni.my @ Aplikasi Karyaseni --- “Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?” “Untu...