Bab 1

43.7K 441 19
                                    

Prolog

Hari ini, bakal ada dua majlis pertunangan daripada tiga buah keluarga di rumah Adham. Meriah? Sangat meriah. Mana tak meriah, tiga buah keluarga untuk dua buah majlis pertunangan, dah macam kenduri kahwin. Selain Adham mengadakan majlis pertunangan, Adham buat sekali majlis kesyukuran. Jadi, majlis ini selain dihadiri keluarga terdekat, Adham menjemput juga kakitangan Adham Holdings Sdn. Bhd.

Nur yang sudah siap berbaju merah jambu, tersenyum-senyum melihat pelamin. Pelamin yang berwarna hijau campuran merah jambu, sesuai dengan tema dua buah pertunangan hari ini. Irdina pula sekarang sedang diandam oleh mak andam. Malas nak duduk di dalam bilik, mulalah dia mahu mengelamun mengingatkan kisah cintanya di depan pelamin... Tapi...

Ada seorang lelaki yang memakai T-shirt dan jean, bolak-balik di depan pelamin, mengganggu dia.

"Abang chaq!"

"Apa?"

"Cepatlah pakai baju Melayu ni. Nur dah siap pun. Kejap lagi, semua orang nak sampai."

"Nur dah siap baguslah. Lagipun, Nur yang tunang dulu, baru turn abang chaq! Lepas tu, kita kena pergi rumah bakal tunang abang chaq kan, tak perlulah abang chaq ikut. Yang bertunangkan perempuan! Bukannya nak menikah pun, baru bertunang." Adnan membebel.

"Kalau tunangkan Nur dulu pun, nanti nak tangkap gambar keluarga, tak cantiklah!"

"Tak apalah... Tak payah tangkap gambar."

Nur menepuk dahi. Apa payah sangat Adnan ni pun tak tau! Nak bertunang ke tak nak? Geram Nur. Nak saja Nur bocorkan rahsia, tapi tak boleh juga. Nanti tak boleh nak gelakkan Adnan kuat-kuat! Sudahlah dulu, Adnan gelakkan Nur, berdekah-dekah dekat KLIA sampai guling-guling!

Tapi, dunia ini kan bulat!

Gelakkan orang, Adnan tak sedar... Adnan bakal kena prank kejap lagi!

"Masalahnya, kenapa pelamin ni panjang sangat? Nur seorang saja kan yang bertunang? Ini macam banyak pasangan saja."

Adnan berpusing-pusing di depan Nur. Nur mengerut dahi. Dah sah-sah ada dua pertunangan, mestilah lebar. Ada dua orang nak duduk. Nur menepuk dahinya.

Semalam sewaktu pelamin ini dipasang oleh pasukan Khayra, tak ada pula Adnan nak sibuk. Tak ada pula nak jadi QC tiba-tiba. Ini tidak, majlis sudah mahu mula, tak sampai satu jam lagi semua orang akan sampai, dia dah mula banyak songeh. Suruh tukar baju, tak mahu. Semua tak mahu, yang mahu, memberontak! Elok sangatlah perangai tu.

"Yalah, dah alang-alang buat Nur punya, buatlah sekali Kak Dina punya dekat sini. Takkan abang chaq tak tahu? Inikan ayah yang punya plan!"

Ikutkan kepada rancangan asal, pertunangan itu nak buat dekat rumah Imtiyaz. Tapi, apabila Nur juga mahu ditunangkan, alang-alang buat dekat rumah Nur, senang. Lagipun, Adnan merupakan abang Nur juga. Jadi majlis digabungkan seperti yang dibincangkan oleh Raihan dan Nursiah sewaktu mereka di Melbourne dulu, iaitu sebaik saja Nur setuju untuk ditunangkan.

"Eh, eh... Apa pula? Dia tak ada rumah dia sendiri ke?" Adnan memeluk tubuhnya, tak puas hati.

"Dah ayah nak sponsor majlis pertunangan ini, apa masalah abang chaq ni? Dengki ke?"

"Marahlah abang chaq, dia tunang dulu. Patutnya, abang chaq bertunang dulu!"

"Memang abang chaq yang tunang dulu pun, itu sebab Nur suruh abang chaq siap!"

"Kenapa tak beritahu abang chaq?"

Nur menepuk dahi. Pergi sekolah bertingkat-tingkat, bangangnya berlapis-lapis! Cepat saja Adnan naik ke biliknya. Nur hanya senyum. Yalah sangat abang chaq tu nak tunang dulu...

Isteri Untuk DisewaWhere stories live. Discover now