Bab 4

15.8K 185 3
                                    

Selepas Nur meletakkan iklan itu dalam Blognya, hanya seorang yang menelefon dia setakat ini. Noah Ryzal. Selepas itu, tak ada lagi. Nur mula bosan. Nampaknya, perkhidmatan yang diberikan ini, tidak... berjalan lancar. Perniagaannya tak okey!

Nak tak nak, terpaksalah Nur menunggu juga peluang kerja yang sebenarnya. Dah berpuluh-puluh resume yang dia hantar, dah berbelas-belas temu duga yang dia pergi, dia masih lagi belum mendapat jawapan.

Tak apalah... Rezeki belum ada. Yang penting, selesaikan tugasnya dengan Noah dulu. Kerja, kemudianlah. Kalau tak ada sangat, kerja dengan ayah sajalah, fikir Nur.

Nur menggaru kepalanya. Berhempas-pulas dia mencari tudung yang sama warna dengan baju kurungnya, tapi tak ada yang sepadan. Kalau tak sama, tak cantiklah. Muka dah cun melecun, tapi mata rabun! Zaman sekarang, kan hijabista... Nampak stylo aje kalau tudung tak sama dengan warna baju.

Ceh!

Tetap... tak lawa.

Encik Noah ni, yang tidak-tidak disuruhnya. Kata nak putuskan hubungan, tapi... Nur pelik. Mengikut perancangan Noah, pagi itu dia suruh Nur datang menyamar jadi isteri, petang nak balik, terus cerai. Cerai sebab, mak dia tak suka orang bertudung. Pelik tak? Serius pelik!

"Bukan semua mertua suka menantu yang sopan-santun, alim-alimah ke, Encik Noah?"

"Kalau suka, sudah tentu saya boleh berkahwin dengan girlfriend saya tu. Masalahnya, mereka reject pilihan saya."

"Girlfriend Encik Noah bertudung ke?"

"Masa dia datang jumpa mom saya, dia berselendang. So saya assume, kalau berselendang pun tak suka, apa lagi bertudung?"

"Pula!"

Tapi... Orang tua-tua ni selalunya ada mata ketiga. Benda yang kita tak nampak, selalunya mereka nampak dulu. Kalau kita ingatkan kita dah salah part tu, rupa-rupanya benda lain, benda yang simple kita tak ambil peduli. Tok nek selalu pesan, kalau jumpa orang tua, selain hormat mereka, kena juga jadi diri sendiri. Kalau tak jadi diri sendiri, nampak pura-pura... Orang tua tak suka.

Mungkinkah... berselendang nampak seperti berpura-pura? Kalau aku yang tak bertudung, tiba-tiba bertudung, kan berpura-pura tu. Oh! Bolehlah. Kalau nampak palsu, cepatlah selesai tugas, Nur. Dapatlah sepuluh ribu ringgit... tu! Yes!

Tapi...

Kalau bukan itu yang keluarga Encik Noah maksudkan, macam mana? Nur terfikir-fikir lagi.

"Kalau saya pakai macam Encik Noah cakap tu, mereka akan setuju dengan pilihan Encik Noah! Habis macam mana? Tak pasal kena jadi menantu sampai bila-bila!"

"Saya tahu apa yang saya buat, Nur. Awak pakai saja macam tu."

Itulah syarat yang dikenakan oleh Noah, sebaik saja Nur bersetuju untuk jadi isterinya Noah. Kena pakai tudung. Pakai pun pakailah, sepuluh ribu ringgit punya pasal.

Tapi masalahnya sekarang, lagi beberapa hari nak menyelesaikan tugas, tudung belum cari. Dah berhempas-pulas dia menyelongkar laci mummynya untuk mencari tudung yang sama warna dengan warna baju, tapi... tak berjumpa. Ada pun, warna merah jambu pekat. Tak naklah Nur!

"Mummy, Nur nak pergi GM kejap."

Nur sudah mengambil kunci kereta dan memakai kasut sukan. Nur memang suka berbaju jersi dan berkasut sukan. Baju jersi pula mestilah The Red Devils, kan!

"GM? Nak buat apa ke GM?"

"Nak beli tudung. Situ kan banyak kedai jual tudung."

"Tudung?"

Isteri Untuk DisewaWhere stories live. Discover now