Bab 2

18.6K 189 3
                                    

Imtiyaz masih tersenyum. Keletah Nur memang selalu mencuit hatinya. Nur merupakan jirannya sejak kecil, walaupun selalu bergaduh, bergaduh itulah membuatkan dia rapat dengan Nur. Keluarga Imtiyaz pun sudah jadi keluarga Nur, samalah dengan keluarga Nur juga. Dia dengan Nur pula, sebaya. Begitu juga kakak Imtiyaz, Irdina. Dia pula sebaya dengan Adnan, abang Nur. Selalu mereka berempat bermain bersama.

Sehingga...

Apabila Imtiyaz dihantar ke Melbourne untuk melanjutkan pelajarannya, dia terpaksa berpisah jauh dengan Nur. Dia berasa satu perasaan yang lain, wujud dalam dirinya. Perasaan rindu, sayang... cinta yang membuak-buak kepada kawan sepermainannya, Nur Adreiana. Seingat Imtiyaz, sukanya dulu kepada Nur, hanya suka-suka budak darjah satu. Tak sangka pula apabila terpisah, suka bertukar cinta.

Tapi Nur...

Buat tak faham!

Terpaksalah Imtiyaz menggunakan Isabella.

Masalah sekarang, Nur semakin keras. Adakah kerana, Nur cemburu? Imtiyaz tak pasti!

"Apa senyum sorang-sorang ni?" tegur Irdina, sebaik saja masuk ke dalam bilik adiknya, menghantar baju yang baru dilipat.

"Tak ada apalah!"

Irdina mencebik. "Ini tak lain, tak bukan, mesti pasal Nur." Irdina mengintai di sebalik tingkap. Entah apa yang Nur buat, buat Imtiyaz senyum saja. Nur... Nur... Iyaz, Iyaz! Kalau sudah suka, cakap sajalah. Apa nak tunggu-tunggu, buat merana jiwa saja? Irdina membebel dalam hatinya.

"Pandai sajalah Kak Dina ni."

"Alah, sekilas ikan di dalam kolam, Kak Dina tahulah, mana jantan mana betina."

"Habis, Kak Dina dengan Adnan tu?"

"Kenapa dengan Adnan semput tu?"

"Bukan Kak Dina pun ada hati dengan dia?"

"Hish, tak ada maknalah Kak Dina dengan dia tu. Playboy!"

Imtiyaz tergelak. "Yalah tu..."

Irdina hanya senyum. Adnan? Hem... Malas nak fikir. Dia kan perempuan, bukannya pembuat keputusan. Kalau ada perasaan pun, kalau tak nampak, macam mana? Takkan nak menunjuk, macam tak laku pula. Tak naklah Dina. Biarlah masa menentukan. Tapi, Imtiyaz tak boleh...

Dia lelaki!

"Cakap sajalah, Iyaz suka Nur. Nur pun suka Iyaz apa. Kalau tak, dia tak nampak cemburu apabila Iyaz cerita pasal Isabella."

"Susahlah Nur tu."

"Tapi, dia betul rindukan Iyaz, waktu Iyaz pergi Melbourne tu, hari-hari dia cakap dekat Kak Dina."

Imtiyaz tersenyum. "Takut rindu sebagai kawan, bukan rindu sebagai kekasih. Yalah, Iyaz kan kawan dia, dia selalu dengan Iyaz walaupun kita orang kerap bergaduh. Tapi, bila salah seorang tak ada, timbullah rindu tu. Cuma Iyaz rindu tahap lain, Nur mungkin rindu tahap lain."

Imtiyaz... tak mahu mengharap lebih-lebih.

"Suka hati Iyaz la. Betullah... Lebih baik menunggu dengan orang yang tepat, daripada menghabiskan masa dengan orang yang salah!"

"Betul... Tepat sekali! Kak Dina pun macam tu juga, kan? Tunggu Adnan, sampai semput?"

"Ceh... Pusing ke kita pula! Nah... Ini baju, Kak Dina dah siap lipat. Turunlah, orang nak kemas atas meja makan tu, sebelum nak balik KL," suruh Irdina, sebelum dia keluar dari bilik Imtiyaz. Sekejap saja dia balik ke rumah keluarganya. Sajalah... Cuti hari minggu. Bukan selalu boleh dia bercuti, apabila boleh cuti, Irdina cepat balik ke Ipoh. Lagipun kerja di hospital sangat banyak, tak berhenti-henti.

Isteri Untuk DisewaWhere stories live. Discover now