Kaki berat
tetap diangkat
Pedihnya tertores ujian
melangkah tak bertemanSekadar aku punya Tuhan
untuk aku mengadu dengan kata-kata
beserta rembesan mineral dari sinar mataBiarlah yang egois bilang aku lemah kerana menangis
Air mata untuk Tuhan ku itu syifa
penawar dosa sang pendosa
Setelah kering air mata diseka
aku bakal bangkit diiring doa__Al-Fatihah untuk diri sendiri__
moga tabah hati sang pencinta syurga
YOU ARE READING
Puisi Lisztomaniac
PoesíaPuisi terkumpul karangan sendiri sambil mendengar muzik genre kegemaran. Khusus untuk hati. Semoga sentiasa bahagia.