Bahagian Tanpa Tajuk 53

1 0 0
                                        


If I had to choose,

I would choose not to be born


Kita kan tak boleh pilih siapa would be our parents

Kita pun tak sangka aliran hidup yang dah diaturkan

Kita tak tahu pun orang yang ada dengan kia dari kecil akan tinggalkan kita di umur 17

Pada saat kita nak masuk alam remaja

Di umur umur yang sedang tumbuh menjadi manusia yang kekal waras


Kita tak tahu pun rumah yang pernah menjadi tempat berlindung akan retak dan runtuh

Dari situ aku belajar bahawa setiap rumah yang hancur tidak sekadar memisahkan dua insan

Tetapi meninggalkan luka dalam jiwa anak anak

Luka itu akan sentiasa membekas dalam diam

Membentuk setiap langkah yang aku jejak samai hari ini


Setiap usaha dan perjuangan meniti masa depan yang cerah tidak mudah tanpa doa ibu aah

Tapi aku hanya mampu melawan dengan kiriman doa yang terus menerus untuk mama, ayah, adik beradik

Di saat semua sedang berjuang habisan untuk ibu ayah

Aku cuma berjuang dengan diriku sendiri untuk membalas setiap kekecewaan dan kesedihan yang telah aku beri..


Tatkala aku merasa gagal sebagai seorang anak

Ada seseorang yang sentiasa berada di belakangku mengingatkan bahawa aku kuat

Bagi aku, setiap rumah keluarga yang hancur bukan sekadar runtuhnya dinding dan atap

Tetapi memahat kesan luka yang tidak akan sembuh dalam hati


Almost 8 years

I'm still here mom

Merindui setiap detik waktu kecil

Ketika aku aku masih di umur belasan yang perlu membuat keputusan 

Keputusan sama ada ikut ayah atau mama

Bagi aku setiap keputusan yang aku ambil ada risiko

Kini, aku masih disini memeluk erat setiap luka yang aku sendiri beri



random writeWhere stories live. Discover now