Cicak

102 4 0
                                    

[Cicak]

Terbeliak biji matanya apabila melihat bdk lelaki yg betubuh sedikit gempal menyalakan api drpd lighter yg dirembat milik abg ngahnya.
"ikat lah ketat sikit nnt die lari " rengus bidin..yg sedang melindung api drps trpdm kerana angin cukup kuat.
"Cepat din yg lain dah ready ..cucuh api tu!!" Teriak zam .
Maka dengan itu bermulalah pengembaraan 8 ekor cicak kobeng jantan ke langit menggunakan mercun roket yang diubahsuai menggunakan kreativiti budak yg akn mencecah akil baligh tidak lama lagi.. "Ini lah misi meroket kebulan yg dikendalikan oleh jurutera kelas atasan saya zainal abidin .." Kelihatan 8 ekor yg lain sudah nyawa2 ikan menunggu nasib yg bakal menimpa mereka.. .

                                                                             ...........................................

Sadakallahulazim.. "terima kasih ustaz ". Rahim menunggu di tangga surau seperti bonzer kelab malam melirikan matanya kepada ejal menandakan isyarat supaya menahan ayu. Anak gadis tok bilal kampung . Matanya memukau semua budak lelaki pramatang jelingannya mampu menaikkan sehingga tahap maksima.
Sudah lama Rahim memendam perasaan terhadap anak gadis sunti tok bilal cuma mukanya yg bengis membuatkan Ayu enggan memandangnya walaupun sekejap . Rahim kemudianya naik ketangga surau dan bersua muka dengan ayu.
"Apa kau nak hah"
"Awak", jawab rahim selamba.
"Gila ke hape ? " , ayu pelik dan terkejut.
"Ayu" panggilnya.
"Nak aiskrim saya belanja"
Ayu diam tanpa bersuara , dia berjalan mengendahkan si rahim budak lelaki paling nakal dalam kampung.

Sepanjang perjalanan balik ke rumah dengan menunggang basikal tua milik abahnya dia berseloroh dengan hawa adik bongsunya
"Kak laki tuh bukan yim ke?", soal hawa.
"Yim?" Ayu mengerut kan dahi .
"Dorang panggil yim , adik pun panggilah yim "

..........................................

"Dah?" soal bidin mahukan kepastian.
" Dah kau jangan risau wat lek je " jawab zam yakin.

Bidin sememangnya takut dengan Rahim selepas dia kalah berkelahi dengannya . Sebulan tanganya keras bersimen . Puncanya amat melucukan jika difikirkan semula tetapi bagi budak pramatang ia amat serius untuk menunjukkan siapa paling kuat. Tapi dendam tetap dendam , bidin dan zam berpakat untuk menjatuhkan air muka rahim sehingga meleleh ke lantai jadi dia telah merancang dengan teliti.

"Chewing gum dekat kerusi?"
"dah"
"stokin bawah meja ?"
"sudah"
"dan yang paling penting dalam pensil box?"
"dah.., cer teka berapa?"
"4?"
"tettt salah !!!"
"abistu berapa kau letak ?"
"4x2"

bidin mula mengira , dia memang lemah matematik . jarinya dikira , meja diconteng , akirnya dapat dan dia terkesima .

"bapak banyak kau letak, mahu tercirit si rahim tu." bidin membeliakkan matanya.
"alahh rilek ah ...nih baru sikit kot"
"sikit hotak kau" balas bidin .

zam cuba meyakinkan yang rahim sepatutnya dapat balasan setimpal denganya. hasutan demi hasutan dia setuju dengan rancangan zam.Tempat duduk rahim di belakang sekali dekat dengan pintu jadi senang untuk buat kerja dengan bersih . zam memang rapat dengan bidin setelah kembar bidin meninggal akibat lemas , zam yang banyak menemani bidin menghabiskan masa luang

Keesokkan hari.

bidin dan zam datang ke sekolah lebih awal daripada biasa, mereka telah berjanji untuk mengunci mulut sekiranya kantoi dan berkelakuan biasa semasa perangkap mengena.Setelah jam melewati pukul 7.24 Rahim muncul di depan pintu kelas 6 kenanga . dia terus pergi ke tempat duduk dan duduk. Hah satu sudah kena zam mengerling kepada bidin sambil menunjukkan jari telunjuk yang nermaksud satu. Kemudian dia melatakkan beg dan memeriksa bawah meja kerana bau yang teramat kuat menusuk hidungnya . sepasang stokin basah dijumpai dan diambilnya terus buang ke luar . Dua . Zam menunjukkan lambang peace . Rahim masih berlagak sabar kerana Ayu sedang menyapu sampah berhampiran tempat duduknya.

"Assalamualaikum Ayu" tegur rahim
"tak nak jawab ke?"
"Waalaikumsalam" Ayu menjawab dengan nada yang tinggi sedikit . Dia kemudian terus menyapu lantai menghiraukan rahim yang senyum kambing.

Selepas menyakat Ayu rahim terlupa akan karangan bahasa inggeris yang diberikan miss shelly . dia terus meminta ejal untuk diciplaknya. Rahim mencapai pensil box di bawah mejanya dan ambil. Zam menolak siku bidin untuk melihat Rahim , kerana perangkap ketiga hampir mengena .

                                                                   ..............................................

semasa Rahim ingin mengambil pensil di dalam pensilboxnya , dia menjerit ketakutan apabila terpegang cicak dewasa dan cicak yang lain lalu melemparkannya terkena pada Ayu . Haru.

Satu kelas menjerit apabila cicak yang dilemparkan rahim itu lari menyelamatkan diri . Rahim bangun drpd kerusi . Getah Chewing gum melekat pada seluarnya , bertali. Rahim panik. dia kemudiannya cuba untuk lari keluar kelas . dalam keadaan yang gelabah , getah chewing gum melekat pada kakinya lalu dia tersandung jatuh.
Bidin dan Zam berdiri menyaksikan susana haru biru itu dan melihat Rahim terjatuh diatas stokin basah yang dibuang tadi .

Bidin dan Zam sama sama senyum sinis dengan keadaan huru hara yang mereka cipta.

"well done bro" bidin membisik kepada zam
"hah no prob!" jawab zam .

Sejak hari itu mereka meggelarkan kejadian itu satu seni dan perlu dilakukan lagi dengan cantik . Seni Huru Hara . pfftt~







You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 02, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CicakWhere stories live. Discover now