Pijak semut tak mati!
Sepatutnya engkau ini jadi pelakun.Tapi engkau huduh. Melihat engkau sehari berkali-kali membuatkan aku hilang selera makan.Kemudian semua orang tanya mengapa aku kurus!
Celaka sungguh!
Engkau tunduk konon kesal bila dimarah.Bila dimaki.Engkau biarkan sahaja tubuhnya aku hentak bertalu-talu.Letih dengan tangan,aku pukul dengan tali pinggang.Dan engkau seperti merelakan.Seperti mengaku yang apa yang engaku lalui itu memang selayaknya engkau terima.
Pukul semahunya dan engkau tetap tidak berganjak.Tetap tidak melawan.Kecuali sesekali memandang seolah bertanya, .....'itu sahaja? Seperti mencabar dan aku aku naik gila memukul dan memukul sehingga hilang nafas.
Engkau tetap menunggu. Seperti mahu dipukul lagi.