Dua

575 10 1
                                    

Seminggu sebelum kejadian...

"Rania! Hang tunggu tang situ sat! Aku ada benda nak habaq kat hang ni!" Hadi menjerit dari tingkat 1 bangunan itu sementara Rania berada di tingkat 3 bangunan. Lihat sahaja Hadi sudah menuju ke arahnya, Rania terus menerpa. "Ha awatnya? Ada apa cerita?" Perempuan, gosip, memang tak dapat dipisahkan...

"Sabaq sat aih. Bagi aku ambik nyawa dulu sat. Jenuh teriak mak aku kat kampung kalau aku tiba-tiba kiok pasai tak cukup nyawa satgi." Hadi berseloroh.

Usai hilang cungap, Hadi memulakan bicara. "Ni, tadi aku nampak adik hang kat rooftop nu dengan Razif. Hang mesti tak caya mia la kalau aku habaq ni." Rania mula curiga. "Habaq mai lekaih la binawe wei." Mula terbit rasa cuak dalam diri Rania. "Amboi sabaq la. Nak habaq la ni. Aku nampak depa dua elok mia dok bercium kat ataih nu. Jahanam....." Rania terdiam. Terlalu terkejut dengan berita yang baru dia dapat itu.

Ini bukanlah kali pertama dia mendapat berita seperti itu tentang adiknya, Fad dengan Razif. Sudah berkali-kali orang menyampai tetapi dia tetap percayakan adiknya. Tapi kali ini, kawan baiknya sendiri yang menyampai. Dia tahu Hadi bukanlah seorang penipu, bahkan setiap butir katanya boleh dipercayai kerana dia tidak pernah berbohong dengan mereka enam sekawan. Rania mula tak senang duduk.

LAINWhere stories live. Discover now