Tiga

453 11 0
                                    

Hari apa taktau la kat kolej depa...

"Hadi!" dari jauh kedengaran suara Razif memanggil Hadi yang sedang berjalan menuju ke kelas. Mendengar namanya dipanggil seseorang, Hadi terus berhenti menapak dan menunggu ketibaan gerangan yang menjerit namanya tadi. "Ha hang Zif. Awatnya? Boleh jumpa kat kelaih saja dok buat teruk, nak masuk sekali dengan aku ka?" berseloroh Hadi menegur. "Aku... Ada benda... Nak cakap ni..." tercungap-cungap si Razif yang baru lepas berlari mendapatkan Hadi.

"Uish penatnya aku dengaq hang bercakap. Mau dok rilek sat aih. Mampuih kat sini jenuh aku nak jawab." Razif hanya mampu tersengih. Oksigen tak cukup lagi tu.

Hadi dan Razif berjalan menuju ke kelas sambil bersembang. Tak dipedulikan lagi dah orang di belakang yang sedang ingin bergegas menuju destinasi. "Awatnya yang hang nak jumpa aku sangat ni sampai tak menyempat nak jumpa kat kelaih?" Hadi memulakan bicara. Dek kata matsaleh Ostolia; curious. Dah cukup oksigen yang disedut, Razif pun menyambung perbualan.

"Aku nak mintak hang teman aku sat lepas kelaih satgi ni, pi rumah makcik aku sat. Boleh kot noh?" Hadi hanya mengangguk. Razif tersenyum sinis.

Selesai sahaja kelas pada hari itu, Hadi terus mengikut Razif menuju ke rumah makcik Razif. Sampai sahaja mereka di sebuah rumah usang, Hadi terus keluar dari perut kereta.

"Hang biaq betui rumak makcik hang tang sini? Nala mia usang aih. Serupa rumah tinggai dah aku tengok." Razif hanya tersenyum sinis sambil bermonolog; 'ha dia la, jasad hang la hat nak tinggai dalam ni satgi.' Dicapainya kayu baseball yang terselit di bawah seat, terus Razif menuju ke arah Hadi yang masih terpinga-pinga. Kayu baseball itu dihayun laju ke kepala Hadi. Terjelopok jatuh jejaka itu menyembah bumi.

Tak berlengah lagi, Razif terus menyeret tubuh Hadi yang sudah longlai itu masuk ke dalam rumah usang tersebut. Diletakkan tubuh itu di tengah ruang tamu lalu beredar ke tempat lain untuk mengambil peralatan.

LAINWhere stories live. Discover now