Bab 1; Pertemuan Pertama

154 8 1
                                    

    Segala-galanya bagaikan mimpi. Pertemuan yang tidak terduga itu terjadi tanpa rencana. Semuanya bermula apabila Qaira terlanggar pelajar seorang lelaki sewaktu tergesa-gesa pulang dari sekolah kerana hari telah hujan. Habis semua bukunya bertabur.
    "Eh, sorry! Saya tak sengaja pun langgar awak... Sorry sangat sangat," kata Qaira sambil menunduk melihat bukunya berterabur.
     " Lain kali, ada mata tu guna..! Buka mata luas-luas. Ni tak. Tunduk je!" Marah Danial.
     " Hmmm, Allah suruh kita menjaga pandangan... Tulah saya tunduk je... Sorry." Qaira segera mengangkat bukunya.
        Danial hanya terdiam lalu beredar meninggalkannya di koridor sekolah.
         Setelah itu, Qaira segera lari ke arah bas sekolahnya. Harap-harap sempatlah naik bas tu.. Dahlah Pak Cik Ali tu sudahlah  garang.. Matilah aku! Rintih Qaira.
         Baru sahaja sampai di hadapan bas sekolahnya, bas tersebut telah pergi meninggalkannya. Qaira mengeluh panjang. Hari ini, hari paling malang dalam hidupnya. Sudahlah tertinggal bas kemudia dia terpaksa berjalan kaki pulang. Hmmm malangnya nasib.

~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~

      "Wei. Tiara kenapa kau ni? Semacam je?" tanya Lyana.
      "Aku risau lah. Dahlah hujan lebat lepastu Qaira tak muncul-muncul lagi" Tiara gelisah.
       "Hah? Dia tak naik bas lagi? Ya ampun..." Lyana cemas.
       "Hmm tadi dia balik lewat sikit sebab nak buat kerja yang cikgu nak katanya.. Pastu aku nak tunggu, but dia tak kasi," ringkas Tiara.
        "Oh.. Hmm... Apa nak buat, Pak Cik Ali tu segarang singa.. Takut lah. Apa kata kau je bagi tau dia" Lyana membisik.
        "Ish. Sumpah tak nak! Tawakal je lah.." kata Tiara.
Ya Allah semoga Qaira selamat.. Bisik hati Tiara.

~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~

          Danial menutup pintu keretanya. Ish budak tu berceramah kat aku pulak! Ish geram aku. Pasal dia, aku jugak lambat!
         "Danial nak pergi mana-mana ke hari ini? Cyber cafe ke?" tanya Pak Musa.
          "Pak Musa tak nampak ke cuaca sekarang macam mana? Tak kanlah hujan lebat pun nak pergi mana-mana? Pak Musa tak ada akal ke?" Marah Danial. Mentang-mentanglah mood dia spoil, nak marah orang tua pulak.
          "Maaf Danial. Pak Musa tanya aje.. Pak Musa tak berniat nak sakitkan hati Danial" ujar Pak Musa. Pak Musa ialah pemandu keretanya. Maklumlah Danial ialah anak kepada Tan Sri Dazrin. So Danial ni anak tunggal mereka. Mestilah dimanjakan.
         "Apa-apa jelah. Dahlah cepat! Saya nak balik!" jelingan maut diberikan kepada Pak Musa. Takut Pak Musa dibuatnya. Pak Musa hanya mengangguk.

~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~
 
         Hujan membasahi pipi Qaira. Semakin lama semakin lebat. Terpaksa lah dia berteduh di bawah perhentian bas. Aduh, aduh! Kenapalah nasib ni..
          Sedang dia mengelamun.. Seorang wanita menegurnya. Terkejut apabila disergah tiba-tiba. Ingat penculik ke apa.
         "Eh, mak cik... Duduklah.. " kata Qaira dengan sopan.
          "Adik tunggu siapa? Hujan lebat ni, bila ibu bapa adik nak sampai? Risau mak cik.. " ujar wanita itu.
          "Hihi.. Bas dah pergi, macam mana nak balik? So kena lah tunggu... " ketawa Qaira.
           "Hah? Nak balik dengan mak cik? Kejap lagi anak mak cik sampai,boleh tumpangkan kamu... " kata wanita itu lagi.
           "Eh, tak apa lah... Susah-susah je... Saya okay... Lagipun ini kali ketiga saya kena tinggal bas. Saya dah biasa dah, " gelak Qaira. Tak kenal, tapi ajak... Takutlah sebenarnya.
            "Hmm.. Iya ke? Hmm. Kalay macam tu tak apa, mak cik tak boleh paksa kan? Nama kamu apa dik? " tanya wanita itu.
            "Qaira... " tunduk Qaira.
            "Oh, Qaira... Cantik nama itu... Tapi mak cik tetap tak sampai hati tinggalkan adik seorang diri. Takut adik kena apa-apa.. Risaulah mak cik... " geleng wanita itu.
              "Ala.. Tak apa. Mak cik balik aje! " Qaira ketawa.
              "Kamu naik aje lah... Dah tak ada tapi-tapi! " wanita itu dilanda dengan rasa kerisauan. Qaira pula hanya mampu mengangguk.

~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~
    
  
               "Danial terus masuk ke dalam rumah tanpa memberi salam.

Diary Cinta QairaWhere stories live. Discover now