Prologue

455 11 1
                                    

Pertama kali aku melihat dia, hati aku mulai berdegup kencang. Kejap. Bukan hati tapi jantung. Tapi aku pelik kenapa kalau bab-bab cinta ni selalunya orang putih kaitkan dengan jantung dan orang Melayu pula kaitkan dengan hati. Kalau frasa cinta yang koman selalu berbunyi begini, "you are always in my heart" dan translation-nya pula adalah "kau selalu di hatiku". Bukan kah heart tu jantung? Kalau "kau selalu di hatiku" sepatutnya adalah "you are always in my liver."

Urghh wateva! Sampai umur aku 23 tahun, sorang pun tak pernah mengorat aku. Aku bukanlah hodoh mana pun. Kawan aku selalu cakap aku cantik, ada rupa, gadis melayu terakhir (muka tak melayu pun). Cumanya, aku memang malas berdandan, melaram, bermekap dan apa juga istilah untuk mencantikkan diri secara visual. Tapi takdelah noob sangat sampai gincu dengan blusher pun tak tau apa jadah. Eyeliner aku pakai, gincu aku pakai sikit cuma takde sampai shadow-shadow, kontur-kontur, foundation, concealer apa semua tu. Cukup sekadar bagi efek 'jelingan tajam' apabila muka aku ditutup helmet fullface. Aku suka apabila jelingan aku tak mampu 'dilawan' oleh lelaki berkereta ketika menanti lampu isyarat hijau. Rasa kemenangan. Puas hati? Entah. Aku rasa lelaki yang tak mampu bertentang mata ni lemah. Tak berani. Tak ada ciri dominan. Tak maskulin. Lembik. Tak sesuaiiii.

Lagi banyak aku cerita pasal lelaki, lagi banyak faktor yang boleh buat aku berada di carta teratas bakal andartu Malaysia. Baik aku cerita pasal feveret aku. Aku suka sportsbike. In fact, sejak 1st year di uni lagi aku naik yahama YZF-R6. Budak perempuan lain berebut-rebut buat lesen kete tapi aku buat lesen B dulu. Bagi aku menunggang motosikal ni lebih menyeronokkan. Di samping boleh exercise tangan dan tone up muscle supaya lengan lebih cantik, aku boleh jimatkan masa dan minyak. Tak lah jimat sangat minyak tapi aku boleh parking kat mana-mana so 1 point for motorcycle.

Kalau aku cerita banyak pasal motosikal pun bukan korang nak tahu pun. Ok. Kali ni aku nak cerita sikit pasal diri aku. Tak adalah menarik sangat. Aku bukanlah melayu sejati walaupun aku ni pemilik sah IC biru dan sijil lahir tertulis yang aku adalah berbangsa Melayu. Ibu aku adalah hasil perkahwinan pasangan Jerman dan Iban. Ayah aku pula hasil perkahwinan Arab dan Melayu. Jadi hasil perkahwinan Jerban dan Melarab keluarlah aku yang bernama Puteri Rowena Zhender Al-Qadri.

Nak kata buruk, ada lah rupa, nak kata cantik, aku ni kurang keperempuanan. Ayu tu macam tak sesuai nak gambarkan aku. Aku lebih nampak maskulin dan kadang-kadang aku sendiri terkejut melihat diriku dalam cermin ketika berpakaian jaket riding serba hitam, seluar skinny hitam, boot taktikal hitam jenama Magnum, dan helmet Bell putih. Terkejut bukan apa. Aku ingatkan lelaki hensem mana dalam cermin rupanya cuma pantulan imej aku. Kahkah! Macam lelaki! Mungkin jaket buat potongan badan aku macam lelaki, kot. Ahhh! Lantaklah. Aku tahu potongan badan aku cuma 32-28-34 tapi ada aku kisah? Lelaki pun tak pernah nak mengorat aku.

Tapi... Pasal hati tadi, aku segan lah nak cakap, eh jantung. Eh, hati. Ah mana-manalah. Masa aku tengah tunggu traffic light di simpang masuk Bukit Mahkota, aku terlihat seorang jejaka. Dia melintas jalan dan matanya begitu tajam merenung ke dalam mataku. Aku cuba lawan tapi renungannya terlalu tajam, jantung aku mulai berdebar, aku tak dapat teruskan tentangan mata lalu aku melihat ke arah lain. Fuhh! Tercabar jugak ego aku.

Lampu hijau pun menyala selepas lelaki itu menyeberang jalan. Saat aku membuat corner maut tiba-tiba sebuah kereta oversteered dan hampir menyondol motosikal aku. Aku pun cuba mengelak. Celaka! Aku sempat lihat pemandu perempuan bertudung merah sedang ralit bertelefon. Akibat hilang keseimbangan, aku jatuh bersama-sama motosikal kesayangan aku. Gedebuk. Skreeeetttttttm! Bammm! Kereta tadi cabut lari. Well done!

Lelaki tadi yang baru sahaja melintas jalan terpaksa melintas kembali jalan itu lagi lalu meluru ke arah aku.

"Cik! Cik! You okay tak?"
Aku yang sedang menanggung malu pun buat-buat pengsan. Alang-alang dah ada orang tolong.

egoistik kasanovaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang