Chapter 1

352 10 4
                                        

"You suka I ke?"

Aku mejeling ke arahnya. Gila apa tetiba tanya macam tu? Alat kawalan semakin aku genggam erat. Butang controller PS3 ditenyeh semahu-mahu. Hasil dari kombinasi butang panah dan bentuk-bentuk geometri itu, pukulan demi pukulan hinggap ke dada dan muka pahlawan tidak berbaju. Konsentrasi aku diganggu sedikit namun aku tak boleh hilang fokus. Aku kembali menguasai permainan. Baju tadi dah sidai ke belum? Ah, masa ni pulak nak fikir hal tak sepatutnya. Susah betul jadi perempuan. Random thought selalu je hinggap. Daripada aku fikir hal lain, baik aku ganggu fokus dia. Mana boleh kalah betting RM50 dengan mamat ni.

"Mestilah I suka you... " aku membuat suara manja. Dalam kepala aku, aku dah ketawa hampir pengsan. Aku melihat dia tersengih sedikit sambil giginya mengetap bibir bawahnya namun matanya tidak pernah beralih dari skrin tv Sony 46 inci itu. Aku tahu dia cuma mahu alihkan fokus aku terhadap permainan lawan-lawan ni. Aku tak akan mengalah. Jadi aku cuba mengalihkan fokusnya juga. Sambil berlawan menggunakan karakter dalam video game, sambil itu juga kami berlawan secara psikologi.

Peluang! Pahlawan tanpa baju rebah. Menjadi juga helah aku. Aku mengawal karakter pahlawan perempuan bertetek besar melakukan serangan bertubi apabila karakter kawalannya bangkit. Ah! Asal saja karakter fiction mesti bertetek besar!

NOW! 1! 2! 3! ... Dush! Dush! Dush!....24 COMBOS!

Now it's time for finishing move!

"You ingat lagi masa kita jumpa dulu?" soalan ini tiba-tiba terpacul dari mulutnya. Fikiran aku mulai melayang ke peristiwa R6 jatuh bodo di traffic light Bukit Mahkota.
Jemari aku terhenti. Fikiran aku mulai menerawang, lalu mengajukan soalan sekunder kepada diri sendiri yg timbul akibat soalan dia tadi. Kenapa dia tiba-tiba pulak nak KLMJ ni?

Masa itulah dia mengambil peluang menundukkan pahlawan wanita aku yang baru sahaja berjaya mendominasi perlawanan. Saat genting di mana kedua-dua karakter bertarung dengan bar nyawa di hujung-hujung. Merah. Akhirnya karakter pahlawan perempuan aku kalah.

"K.O!" dia menjerit! Bingit jugak telinga aku. "Hahahaha nampak tak? You tak kan menang dengan I!" dia tersenyum lebar menampakkan gusinya sambil menampar bahu aku kuat-kuat. Sakit. Tahan.

"Babilah. Sakit." aku menjeling. Hati aku sakit jugak. Ada jugak yang makan kaki kang.

Dia mengusap kembali tempat yang ditepuk dengan kuat sambil mengucapkan kata maaf. "Sorry sorry, lupa pulak awak ni perempuan." Cis. Menganjing sangat bunyinya. Nasib baik minta maaf.

"Kau ni, tak boleh ke tak ganggu fokus aku main?" aku cuba protes kemenangan dia.

"Eh, I tak buat apa-apa pun kan?"

"Apak dia tak buat apa!"

"Eh, pahal pulak ni nak marah-marah. Piyed ke??"

"Kau kan!!! Eeeeee!" geram betul aku dibuatnya. Tadi tanya soalan pelik-pelik. Sekarang ni pulak tak nak mengaku. Aku geram jugak dahla RM50 melayang walaupun secara praktikal duit itu masih pada aku. Kejap lagi hinggap ke dia lah. Aku yang sedang marah tadi pun bangkit menuju ke balkoni. Aku capai vape ipv4 aku sekali.
Kepulan wap dengan bau-bauan fruity dihembus keluar dari mulut dan lubang hidung. Ah sedap. Daripada melayan mamat gila tadi baik hisap vape. Eh baju aku dah sidai belum eh?

"OK lah. I got to go." bahuku disapa olehnya.

"Em yelah. Awal? Where to?" aku menyedut wap-wap daripada corong vape.

"Adalah. You nak tau ni kenapa? Takut I keluar dengan perempuan lain?"

"Ah, memang nak keluar dengan perempuan lain kan? I saw her text tadi terpampang kat lockscreen. Blah lah kau!"

"Eh, baca mesej orang pulak. Belum lagi jadi girlfriend. Overly attached girlfriend."

"Wotak die. Bila masa I nak jadi girlfriend you?"

"Come on. Tak payah sorok I dah tau semua. Lagipun you cakap you sukakan I kan tadi."

"HAHAHAHAHAHA! Wey bangang lah. Kan you yang mula dulu nak ganggu fokus I. I lawan lah. Dahtu you tanya I suka you ke tak apahal?"

"Yelah, mana tahu kan."

"Whatever." aku sambung hisap vape. Lepas tu aku lemparkan jelingan tajam kepada mamat bertuah tu.

Dia pun beredar dari apartment aku. Kini aku seorang diri menunggu shif kerja. Bukan kerja. Praktikum.

Praktikum di wad pembedahan lelaki pada minggu ni. Ini tahun terakhir aku berada di jurusan perubatan UKM sebelum posting ke hospital sebagai seorang doktor bertauliah. Nama je pelajar perubatan tapi hisap vape. Aku bukanlah cakap vape tu tak bahaya tapi this is me. Nobody can change who I am.

Tiba-tiba telefon aku berdering. Panggilan dari dia. Dah kenapa pulak ni? Hati aku tiba-tiba tak rasa tak menentu. Aku angkag call tersebut dengan tenang.

"Hello, you jangan lupa nanti transfer je RM50 tu guna maybank2u. Nanti I text nombor akaun. Ok? Bye!"

Pasal itu je? Aku tak sempat cakap apa-apa dia dah letak. Kurang asam punya budak.

*******

Aku jumpa mamat sewel ni masa aku jatuh moto kat traffic light bukit mahkota. Masa tu aku on the way ke rumah Ifa. Kejadian motorsikal terbabas bodoh itu lah yang menemukan aku dengan dia.

"Cik! Cik! Cik tak apa-apa?"

Aku yang sedang menanggung malu pun berpura-puralah pitam. Dah alang-alang dia tolong. Dia papah aku ke bahu jalan. Aku ikut je apa dia nak buat. Kejap lagi aku bangun dan blah lah. Mata aku tertutup rapat. Helmet fullface masih melekap di kepala. Datang pulak dua mamat naik motrsikal berhenti untuk memberikan bantuan. Aku dengar diorang tanya "Apahal? Apahal?" Aku dah mulai kaget. Makin ramai makin teruk lah nanti. Aku dahla berlakon pitam je ni. Mak aiii!

Dalam keadaan terbaring di pangkuannya aku cuba mengintip keadaan sekeliling. Perlahan-lahan aku membuka sebelah mataku. Masa tu juga dia sedang melihat ke arah aku. Shit! Aku pun tutup mata kembali. Kantoi pulak! Ah, teruskan lakonan! Teruskan lakonan!

"Tak ada apa bang, kawan saya ni. Mungkin pitam kejap. Cuaca panas dengan helmet fullface lagi, jaket hitam lagi. Abang tak yah risau. Saya ni doktor. Kejap lagi bangkit lah dia ni."

Haih, dia pun dah masuk dalam lakonan drama swasta aku! Alahai mamat sengal ni.

Tapi berkesan juga lakonan dia. Orang ramai yang berkerumun mulai beredar. Dia menanggalkan helmet aku lepas tu dia kipas-kipaskan muka aku guna tapak tangan. Dia renjis-renjis air mineral yang dia bawak tadi.

"Hmm. Lawa body dia ni. Bawak balik rumah ni siaplah." dia separuh berbisik. Seolah-olah sengaja membiarkan aku dengar.

Aku pun apa lagi terus terbeliak mata. Bangkit sepantas kilat dan melepaskan diri dari pangkuan dia. Mujur orang lain dah bersurai.

"Lelaki miang!!! Gatal!!!" aku menjerit-jerit macam orang gila.

"HAHAHAHAHAHAHAHA!" Dia bantai gelak serupa orang gila. Kuajaq btol. "Eh ingatkan pitam tadi. Hehe." dia gelak sinis. Aku menepuk-nepuk debu yang melekat di seluar dan jaket aku.

"Kau dah kenapa gelak macam orang sawan?"

"Amboi, dah sedar, takde twrima kasih tak da salam cakap orang mcm kena sawan pulak. Mana manner awak,  cik adik?"

Bengang betul dengan mamat ni. Malu pun malu lah. Aku pun angkat balik R6 aku dan blah cepat-cepat.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Sep 12, 2015 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

egoistik kasanovaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang