CPA - BAB 2

1.2K 20 0
                                    

BAB 2

NORAMYZA memandang tubuhnya di cermin besar . Rupa sama sahaja seperti dahulu. Tak banyak beza dari zaman anak dara. Sebelum kahwin sembilan tahun dahulu, begini juga wajah dan tubuh badannya. Tidak gemuk, tidak kurus keding, masih menggiurkan, masih seksi . Tak tipu punya. Berani cakap sebab berat badan dia sama sahaja , tidak pernah melantun-lantun jarum penimbang. Dia beruntung, punya metabolisma tubuh yang aktif dan mengawal dari terlebih berat. Walaupun sudah punya anak, tetap maintain. Masih meletop.

Dia memusing-musing pula tubuhnya ke kiri ke kanan, macam seorang model. Gaun kembang separuh lutut turut sama bergoyang mengikut pergerakan tuan pemakai. Suka sahaja dia memakai pakaian separuh-separuh begini. Baju tanpa lengan, seluar separuh lutut, skirt-skirt , ini semua pakaian dia sedari kecil sehinggalah menjadi mama orang. Kulitnya yang putih melepak itu sudah biasa terdedah sana sini. Seksi dan seksa juga ada. Dia tidak mewah dengan baju kurung apatah lagi abaya atau jubah. Tidak biasa sangat berpakaian tutup-tutup semua ni. Panas! Bukannya nak nikah atau pergi masjid. Ibu dan abahnya tidak pernah menegur atau menyuruh tutup aurat. Suaminya apatah lagi, dari dahulu belikan dia baju seksi-seksi.

Suaminya sasau-sasau , jatuh cinta tahap tak hengat hingga ajak nikah cepat-cepatpun kerana tak menahan dengan kecantikan dan keseksiannya. Serius betul. Berkali-kali Azfar Khairi mengaku sendiri yang dia terpikat pada Amyza kerana kecantikannya. Di mata Azfar Khairi, Amyza sangat sempurna, sangat manis, sangat seksi.

Masa Azfar Khairi memikat , dia memang anak dara meletop. Ramai yang tergila-gilakan dia, tetapi yang menjadi pilihan tentulah suaminya yang tinggi kacak lagi berharta. Masa itu suaminya bekerja sebagai Pengurus Besar di syarikat antarabangsa. Poket penuh you, dengan rumah dan kereta mewah sudah tersedia. Anak dara mana yang menolak tuah?

Sebab itu, bila Azfar Khairi gila ajak dating-dating , dia tak nak buang masa, terus cadang kahwin. Suruh pergi jumpa ayah ibunya cepat-cepat. Buang-buang masa bercinta lama-lamapun takut tak jadi je. Dah la Azfar Khairi tu hot stuff, lambat-lambat melepas nanti. Tambahan pula diapun jatuh cinta bagai nak rak pada lelaki itu, jadi perlu apa tunggu-tunggu? Suka sama suka kan.

**********

SEMBILAN tahun enam bulan terdahulu.

"Saya suka awak. Suka sangat-sangat"

Wah...Rasa hendak pitam Azfar Khairi. Apa tidaknya , terkejut sesangat bila gadis cantik berambut lurus , bermata bulat menawan, bibir mungil merah bak delima merekah , pipi yang gebu berlesung pipit yang cantik menawan ,tiba-tiba datang merapat dan mengaku sukakan dia. Baru kali kedua jumpa kot. Jadinya dia kehilangan kata-kata. Membisu sementara. Bukan tak suka, malah teramatlah sukanya. Dia sudah jatuh cinta pada pandangan pertama lagi. Dengan perempuan lain dia boleh elak, tapi yang ini gila dia nak tolak. Perfect weh...Seperti seorang bidadari seksi, bikin luruh segala iman di dada. Wait...Wait...Wait , berimankah dia?

"Saya suka awak!"

Gadis itu berkata lagi. Kali ini dengan lebih kuat. Sekali lagi dia tergamam dan terpaku. Seperti patung bernyawa. Berpuluh-puluh gadis yang cuba memancingnya

"Kenapa diam saja? Awak tak suka saya ya? Kalau begitu tak apalah, saya pergi. Orang tak suka kenapa kita hendak mengharap". Gadis itu memusingkan tubuh dan mula mengatur langkah. Merajuk. Buat malu je berlaku jujur .

"Hei...Jangan pergi, saya pun suka awaklah! Awak cantik . Dan..."

"Dan apa?" Gadis yang sudah hendak pergi itu berpaling semula. Nak la dengar sampai habis. Orang memuji tu... rugi kalau tak tahu sampai akhir. Bukan selalu lelaki pujaan hendak puji dengan ikhlas.

"Dan... awak sek... err seksi sekali" Sambung Azfar Khairi jujur.

Langsung si gadis berpaling dan pergi dengan laju. "Gatal!" Marahnya sepatah.

CINTA PALING AGUNGWhere stories live. Discover now