CPA - BAB 8

874 18 0
                                    

BAB 8

BAPAK Rahmat dan Ibu Fatimah membiarkan anak dara dia orang menghantar suami orang itu di halaman. Tidak menegah. Fikir mereka, anak-anak zaman sekarang kaedahnya tidak boleh diprotes terang-terangan. Memberontak nanti. Dewi tidak terkecuali. Walau sudah dewasa dan dididik dengan ilmu ugama yang cukup , dia juga perempuan biasa yang bisa jatuh cinta dengan mana-mana pria. Cadangnya perlahan-lahan mereka akan menasihati Dewi. Masih punya masa kan. Mengeluh dua-dua orang tua itu memerhati anak mereka pergi.

Khairi Tarik nafas lega . Seakan tidak percaya yang semuanya hampir selesai. Amyza dan ibu-bapa Dewi. Semua beres dalam satu hari. Terror tak? Azfar Khairi...Mestilah hebat!. Sempat puji diri sendiri. Nak kongsi senyum dengan Dewi di sebelah, wajah Dewi pula tegang semcam.

"Mengapa? Ada yang sedang menganggu fikiranmu?"

"Mas, apa kata isterimu tentang kita?"

Khairi beri reaksi selamba. Tidak terkesan dengan pertanyaan Dewi. Dewi yang kelihatan berlebih beremosi. Dia tidak. Apa sahaja tindakbalas atau tindakan Amyza tidak akan membatalkan niat sucinya memperisterikan Dewi.

"Mas..."

"Dia kena terimalah yang saya mahu menikah. Lagipun saya mahu halalkan perhubungan kita. Bukan sekadar perhubungan yang biasa- biasa. Kamu gadis istimewa dan baik-baik. Jadi saya sekali tidak mau main-main."

"Mas..."

"Hurm... Apa lagi sayang?"

Waah...Khairi dah mula tunjuk miang. Bapak Rahmat dan Ibu Fatimah belum lagi bagi kata setuju.

"Mungkin isterimu bisa terima kalau dia harus berbagi suami. Tapi mas...Aku mahu menjadi satu-satunya wanita dalam hidupmu"

"Jujur?"

"Iya mas. Jujur sekali"

"Maksudmu ? Kau mahukan aku ceraikan Myza?"

Dewi diam . Dia mengalihkan pandangan pada pohon-pohon menghijau yang tenang di di hadapan. Jauh pandangannya. Namun yang pasti, ketenangan itu tidak sampai ke kepalanya. Serabut!

*********

KHAIRI memandu pulang. Terbayang-bayang pertanyaan sendiri kepada Dewi sebentar tadi. 'Kamu mahu aku ceraikan Myza?' . Sampai sudah Dewi tidak jawab. Tetapi wajah Dewi membayangkan yang Dewi labih suka memiliki Khairi sepenuhnya.

Waah... Sukanya Khairi bila perempuan yang dia suka nak bolot dia sepenuhnya. Tentu nanti Dewi akan tatang dia baik-baik. Makan minum terjaga , lenguh-lenguh Dewi akan urutkan. Dan dia sentiasa dapat bermanja-manja dengan isteri. Balik kerja, taklah stres lagi. Malam-malam , tak kesejukan ditinggal tidur seorang atas katil. Dewi tentu setia merapat tubuhnya. Haip...Khairi , nampak gaya terpesong sudah dari apa yang dikata pada Pak Rahmat sebentar tadi. Kekokononnya, suka Dewi kerana keimanan Dewi. Sesungguhnya yang dinyatakan itu yang benar.

Pertama kali dia jumpa Dewi di kaunter restoran. Dewi sedang memegang senaskah al-Quran. Dia dan Ben sama-sama di kaunter pada hari tu. Tapi wajahnya yang dipilih Dewi untuk bertatapan. Pilihan Tuhan kan, dah jodoh dia. Masa tulah Dewi simpan al-Quran yang dipegang. Dewi senyum. Khairi terpesona. Dirasakan senyuman itu sangat ikhlas dan telus. Manis kalah dua tan gula. Masuk sehingga ke lubuk hatinya yang dalam. Balik rumah dia dok teringat-ingat akan senyuman Dewi yang secebis itu. Khairi bila dipanah asmara, gering angau jadinya. Asyik dok teringat-ingat hingga tak boleh buat kerja lain dah! Dulu, masa Amyza sekali, ni masa Dewi pun sama. Macam tu la gayanya.

Beberapa hari lepas tu, Khairi terserempak dengan Dewi lagi. Masa tu dia dalam kereta, Dewi keluar dari restoran dengan tangannya bawa telekung dan sejadah. Cepat-cepat dia keluar dan pergi usha Dewi.

Dewi yang tak tahu apa-apa, cuba sedaya upaya untuk mengingati Khairi. Di manakah mereka bertemu sebelum ini. Hari-hari dia bertemu ramai orang, ramai lelaki, yang baru , yang lama, begitu sahaja . Mereka makan dan bayar di kaunter, habis urusan di situ. Mana mungkin dia ingat semua.

"Saya mahu bincang sesuatu sama miss"

Itu ayat pertama Khairi pada Dewi. Tercengang-cengang Dewi bila tiba-tiba diterjah begitu. "Bicara apa?"

"Pasal waitress kamu..."

"Owh...Ada yang mister nggak puas hati?"

Kalau pasal restoran, Dewi akan sedia untuk mendengar. Customer is always right . Jika customer salah sekalipun, taukeh kena beralah. Papanya selalu berpesan begitu. Yang beralah itu tidak bererti kalah. Tetap menang. Menang kerana punya kesabaran . Tidak mudah untuk seseorang membina tugu kesabaran dalam diri lebih-lebih lagi pabila kita di pihak yang benar dan dituduh bersalah.

"Banyak! "

"Contohnya mister?"

Masa itu mata Dewi bertatapan dengan mata Khairi. Terkedu sekejap Khairi. Panahan mata itu...Huh, bisa meluruhkan jantung!

"Banyak kali waitress miss tersilap bawa minuman untuk saya.. Makanan juga begitu." Khairi mula menabur fitnah. Padahah tidak pernahpun . Semuanya baik-baik sahaja. Jika tidak dia tidak berulang ke sini. "Saya suka makan di sini. Tapi itulah, saya kurang puas hati dengan layanan pekerja kamu". Dia sambung fitnah.

"Err...Maafin staff saya ya. Mungkin perlu di-improve lagi"

"Owh tidak! Saya tidak akan maafkan begitu saja!" Khari beriak serius. Jika tak menjadi perangkapnya, nasiblah. Dia akan cuba lain cara.

"Habis tu, apa yang bisa saya bantu ?" , balas Dewi dengan nada lembut sekali. Dia sudah diasuh untuk meladeni kerenah pelanggan yang berbagai-bagai. Jadi dia tidak mudah melatah.

"Saya mahu miss yang layan saya pada setiap kali saya datang sini."

"Owh...Bisa." Dewi senyum . Walaupun tidak suka dengan cadangan itu , Dewi tetap setuju , untuk kepuasan pelanggan. Habislah dia jika semua pelanggan demand yang macam ni. Mahu pekerja dia yang jadi bos, dia pula jadi kuli.

Pitam Khairi dengar. Dia setuju. Pelannya jadi! Dia setuju yeayyy!

"Mulai hari ini?"

"Hah?" Dewi kaget sebentar. "Bisa....Tapi...", Dewi angkat sejadah dan kain telekung di tangan tinggi sikit supaya jelas di mata Khairi. "Apa boleh saya mahu solat dulu? Waktunya juga seudah lewat".

"Eh, bisa, bisa. Saya tunggu dalam mobilnya ya". Khairi kerdip mata.

Begitulah alkisahnya sesi memikat bermula. Lepas itu berbagailah kerenah khairi di meja makan restoran. Sehinggalah Si Dewi jatuh cinta padanya.

Nampak sangat kegatalan si suami orang ni kan....

Bila Myza kata dia miang, dia marah. Kalau begini tak miang lagi ke? Saja-saja pergi mendekat anak dara orang. Pantang ada yang berkenan di hati dia, mulalah dia hendak usha.

Sekali lagi dia nafikan Mana ada dia miang! Dia tidak pernah mengorat anak dara orang, kecuali Amyza dan Dewi. Dua orang ni saja.

Berbeza pertemuan antara dia dengan Amyza, dan dia dengan Dewi. Dengan Amyza, di tempat parkir yang gelap dan di kelab malam okey! Kelab malam tu sekelilingnya penuh dengan bau arak. Dan Amyza siap dengan pakaian seksi sekali. Sedangkan dengan Dewi.... Dia pegang al-Quran , telekung dan sejadah!

Hah, dia lebih perlukan Dewi yang beriman!

Khairi ...Bela diri sendiri , layak dia seorang lelaki mulia! Kes rumahtagganya dia tak pernah rasa salah. Amyza yang salah. Dari awal lagi Amyza yang salah. Bukan dia!


CINTA PALING AGUNGWhere stories live. Discover now