Kalau nak dikatakan antara aku dengan Adam bukanlah saudara sedarah. Dia anak mak ngah.. Atau lebih tepat anak angkat mak ngah.
Sudah lama mak ngah menginginkan cahaya mata. Sudah berkahwin berbelas tahun , namun rezeki tidak berpihak kepada mak ngah dan pak ngah.Mak ngah sangat sayangkan Adam . Hingga apa yang dia mahu kalau boleh semua mak ngah nak kabulkan. Hmmm..
Antara aku dengan Adam, aku tua dari dia. Setahun aje pun. Aku lebih suka kalau dia panggil aku Kakak. Tapi nampak macam si Adam tu tak suka. Dia lebih suka memanggil namaku, Balkis saja.
Walaupun aku lebih tua dari dia, tapi kalau dah namanya pun lelaki tentulah dia lagi tinggi dari aku dan nampak lebih matang dari aku!
"Balkis, nanti kalau aku duduk kat Kedah sana , boleh tak aku watsapp kau hari-hari? Manalah tahu kut-kut kau rindukan aku ke?" Tanya Adam atau nama panjang dia Adam Nazwan Bin Abdul Malik. Itu bukan nama pak ngah. Tapi nama bapa sebenar Adam.
"Yang kau sibuk nak watsapp aku kenapa pulak, Adam? Lagi satu, aku ni pangkat kakak eh. Jangan lupa tu!"
"Eleh, kakak pendek!" Balas nya mencebik.
"Apa kau panggil aku?" Aku sudah bercekak pinggang mendongak pandang dia.
"Balkis, kau akan rindukan aku, kan?"
Eh, lain macam pulak budak Adam ni.
"Kau ni kenapa , Adam? Pergi Kedah aje kut. Bukan nak ke Uganda sana!" Ucapku sambil gelak-gelak kecil. Tapi dia tak gelak. Matanya saja tunak merenungku. Okey, ada sesuatu yang tak kena dengan Adam ni. Tapi apa?

YOU ARE READING
dia yang bernama ADAM
HumorTak siapa yang tahu antara aku dan Adam pernah ada hubungan...Hinggalah pada satu hari dia tiba-tiba pergi dari hidupku...