Kisah cinta antara Nur Azah Amira dan Fayed Arya. Atau lebih dikenali sebagai Encik Fayed. Dia adalah bos kepada Nur Azah atau Encik Fayed lebih suka memanggilnya Cik Nur saja.
Ayat Jom couple dari mulut Nur telah mengikat satu hubungan yang sangat menarik di antara keduanya namun ia juga membuatkan satu hati merasa sungguh kecewa
Cik Liyana Datuk Manan., sudah lama mengidamkan lelaki seperti Encik Fayed. Kacak dan segak namun punya hati hanya untuk Nur.
Jengkil sungguh hatinya melihat kemesraan Fayed dan Nur
Encik Arie, abang Encik Fayed. Tidak suka Nur berkawan rapat dengan adiknya sebab dia sudah membuat pilihan untuk Fayed. Iaitu Liyana!
Namun, Fayed enggan menerima pilihan keluarganya itu sebab hatinya sudah lama ada nama Nur Azah Amira.
Atas sesuatu sebab, Nur pergi jauh membawa diri meninggalkan Encik Fayed. Bertemu dengan Adam juga tidak mampu untuk dia melupakan Encik Fayed.
Pertemuan semula antara Fayed Dan Nur, membuatkan rasa cinta antara mereka marak semula. Dan, Encik Fayed juga tidak mahu membuang masa lalu melamar Nur Azah menjadi isterinya. Mereka hidup sangat bahagia dengan layanan Encik Fayed yang rupanya sangat sweet2 sengal dengan Nur...
Namun, Liyana asyik mengganggu rumah tangga mereka sehingga sanggup pula mahu menjadi isteri kedua. Nasib baik Fayed memang lelaki kebal! Hahhaaa
So kalau nak tahu cerita selanjutnya bolehlah cari di kedai-kedai buku berdekatan.
Maaflah kalau kisah cinta mereka tak menarik hati korang..tapi baca dulu , baru komen..Bukan tak habis baca, terus tutup buku konon tak boleh nak hadam...c' monlah..bagi chan kat penulis baru macam kami ya . tqsm luv u alls..