Malam ni, prep malam macam biasa. Cuma yang bezanya malam nie sunyi pelik. Bukan apa, budak-budak Form 1,2 & 4 dah pergi prep kat DM(Dewan Makan). Dah itu keputusan PK HEM, diorang ni bising sangat dalam kelas. Kan dah tercampak dalam DM tu. PADAN MUKA! HAHAHA. Bila diorang ni tak ada, baru senang sikit Form 3 & 5 nak focus on study. Steady for the killer e-xam doooo~
Sunyi. Memang sunyi. Sunyi dengan bebudak yang busy dengan homework masing-masing. Kalau duk kira besok dah nak sekolah, jangan harap la bebudak ni nak wat homework pakai guna otak sendiri. Copy & paste terus je kan senang. Ngeeee....! Disebabkan hari ni aku pom terasa kemalasan tahap kura-kura gergasi di Kepulauan Galapagos, jadi aku telah mengambil keputusan untuk hanya menganalisis secara tampal-cantum-aje untuk homework Biologi yang Cikgu Saripah kasi Khamis lepas.
Kenapa aku buat masa prep malam? Ya, sebab aku bersekolah di asrama. Hanya kat asrama je ada natang 'prep-prep' ni. Prep pagi (untung hujung minggu) la, petang la malam la. Kenapa aku tak bagitau nama sekolah asrama apa? Ya, sebab sekolah aku bukan sekolah cluster yg hebat-hebat macam yang korang tahu. Apa yang kau perlu tahu, ianya 'asrama'! Kenapa aku buat homework Biologi? Ya, sebab aku nak tunjukkan yang aku budak sekolah menengah, upper form gitewww. Dan maklumat yang perlu korang tahu gegila sekarang, ini tahun akhir aku bersekolah kat sini. Habis SPM aku blah. Aku tak suka sangat belajar kat sekolah ni. Tapi yang paling aku suka, sekolah ni sek-sek gegurl jah. Huhuhuhuhu
Aku toleh ke jadual belajar besok. 'Maigad' .Tak ke ternganga mulut aku bila semua subjek besok ada homeworknya yang tersendiri, homework yang berjela-jela patah perkataan kena tulis. Naseb baik budak paling bijak dalam kelas aku nie dah siap buat masa weekend. Aku cuma perlu 'pau' dia, buat muka paling comel, bermanis mulut, bagi puji-pujian kat dia, akhirnya baru dia kasi homework dia yang dah siap untuk aku buat 'reference'. Ye. Reference la sangat ye. Muahahaha Aku kena siapkan Biologi aku ni sebelum tidur ni. Sebab kalau ada fill-in-the-blank ni, mau kena backhand dengan Cikgu Saripah ni.
Agak lama jugak la pen aku berlari-lari atas kertas, aku pun mula tengok jam kat tangan kanan aku. Dah pukul 9.45 malam. Baru. Mengeluh kejap tanda kecewa. Panjang betol karangan biologi minah-paling-bijak ni. Dengan keazaman taknak kena backhand dengan Cikgu Saripah, aku teruskan jua menulis. Baru je nak tulis kat perenggan baru, terdengar la suara riuh-rendah kat luar kelas. Ada sorang dua budak batch aku berlari-lari kat koridor kelas. Ishh... Main kejar-kejar pulak time orang lain duk struggle for SPMR(SPM+PMR). Tapi bunyi riuh-riuh tu macam lebih kepada riuh-yang-kalut. Kalut? Ada masalah negara berlaku ke kat luar kawasan kelas? Rasa-ingin-tahu whats happening outside class tu tetap ada. Namun apakan daya dan kudrat, homework di depan mata yang terpampang luas lebih penting. 'Sikit je lagi nak siap ni!!!' hati aku menjerit. So, questionnaire yang masih berlegar-legar dalam neurone minda dibiarkan begitu je....
"Sok sek...sok sek..."
"Kau tahu.....heboh...gitu ahh..."
"Eh...biar betol...tipu erkk..."
"Mana....nak pergi tengok..."
"Teruk sangat ke..."Banyak sebenar nya bunyi bisikan halus bercampur-baur antara budak kelas aku dengan kat luar sana. Cegini la pompuan. Kuat gossip! Tapi gossip kali ni rasa-lain-macam. Samadengan PELIK. Terhenti kejap buat karangan bio. Pelik sebab aku terpikirkan pelik tu. Memang pelik.
"NIAAAA!!!!!!!"
Arghhh...!Terhapus lamunan aku dek laungan tu. Ah ye. Nama aku Nia. Tania.
YOU ARE READING
THE LIBRARY
TerrorKau fikir stay di library sekolah kau selamat? Fikir 3 kali pun belum tentu SELAMAT!