Baru sebentar tadi Simah menghabiskan cerita yang didengar daripada geng prefect mengenai hal PK HEM yang 'diceritakan' oleh Sakinah.
"Hoiii Simah, kau biar betul Sakinah cerita camtu. Tak cayalah aku!"ujar aku.
"Ye la Simah. Aku pom tak percaya. Takkan la HEM nak cerita benda-benda macamtu kat dia. Details gila!"ujar Fatihah pula.
"Eh korang jangan bash aku! Itu pun terpulang la pada korang nak percaya ke tak. Aku tukang cerita je. Lagipun aku dengar ni daripada geng-geng prefect. Aku pom, terasa jugak macam tak percaya," kata Simah, melontarkan pandangannya.
"Sakinah ni pom. Saja buat-buat cerita tu. Konon nak tunjuk dia tu BAIK sangat dengan PK HEM. Puiii," perkataan 'BAIK' itu aku tekankan, biar kedengaran macam sarcastic.
"Weh Simah. Tak payah la kau percaya cerita tu. Sakinah tu kan jenis 'capub' sikit. Aku pom menyampah dengan dia. Konon nak jadi Ketua Prefect la tu tahun depan," ujar Fatihah sambil mencebikkan mulutnya.
Korang mesti tak pahamkan apa tu 'capub' kan? Hahaha. Its stands for 'Cari Publisiti'. Capub tu pun kitorang dengar daripada senior-senior sebelum ni.
Simah dengar je apa yang aku dengan Fatihah cakapkan. Dia pun akui, cerita yang didengar itu tak patut dipercayai, lebih-lebih daripada kisah yang dikatakan 'dicerita' daripada si Sakinah itu.
Kitorang bertiga termenung seketika. Aku termenung sebab rasa bersalah kat Simah, gara-gara marah kat Sakinah tu, terlontar pula suara tinggi kat Simah. Aku pun rasa Fatihah begitu juga. Simah, mungkin berasa bersalah kerana bagi information yang kurang tepat, atau dia terasa hati dengan kitorang sebab menidakkan ceritanya. Tanpa sempat kitorang berbual panjang, Cikgu Sarah dah masuk. Slot subjek Sejarah bermula.
Masih lagi di tarikh 22 September 2010
Sewaktu prep petang, aku ajak Kim untuk study di Library. Saja nak merasa suasana bagaimana dalam Library tu. Aku ajak yang lain, tapi semua taknak. Sebab diorang lagi suka study kat foyer, dapat udara segar katanya. Nasib baik Kim sanggup nak teman aku study kat Library tu. Lagipun dia jenis tak kisah, sebab kadang-kadang kat rumah dia, dia selalu je kena 'usik'. So perasaan dia dah lali dengan aktiviti paranormal.
Tepat pukul 2.30 petang. Masing-masing berdiri depan pintu Library yang terbuka. Pintu memang terbuka. Tapi lampunya tidak terpasang, orangnya tiada. Kami berbalas pandangan. Masuk je laaaa.
Lalu kami melangkah masuk sambil memberi salam. Takkan kami lupa dengan pesanan Ustaz Mat pagi tadi. Kim segera buka lampu. Seram sihh tengok Library bergelap, meskipun sedikit samar-samar yang kelihatan akibat sinaran matahari yang menyinari. Apabila segalanya cerah, kami mengamati setiap sudut ruang dalam Library. Tiada apa yang berubah sangat. Masih seperti dulu.
Lalu aku teringat kisah kawan Rahmah si Librarian. Terus aku melontarkan pandangan ke arah sudut lantai bersebelahan dinding. Ya, masih lagi terlihat campuran beras dan garam. Dan benarlah kata kawan Rahmah tu, ada bungkusan kecil dengan kain kuning di setiap sudut dalam library itu.
Pukul 3.30 petang. Suasana aku rasakan sunyi sekali. Keriuhan luar Library pun tidak kedengaran, melainkan suara air-cond yang meragam disebabkan 'umur'nya. Aku yang tengah buat Matematik Modern ni terasa hilang fokus. Aku dan Kim masing-masing tidak bercakap. Jarang si Kim ni kalau dia senyap. Bukan jarang, tapi pelik kalau dia yang senyap!
"Hoi, cakap la sesuatu. Tak payah la bisu je," kata aku, memecahkan kesunyian.
"Eh, mana boleh berborak. Mesti la aku senyap. Study la," balas Kim.
"Kau tak payah nak skema-skema kata study. Kau tu pun baca novel je kan. Urghhh," kata kau sambil melontarkan mata hitam ke atas.
Kim tersengih-sengih seperti kerang busuk, malu kerana selama ini dia senyap gara-gara menghayati penceritaan novel 'Bicara Hati' di tangannya, bukannya study.
YOU ARE READING
THE LIBRARY
HorreurKau fikir stay di library sekolah kau selamat? Fikir 3 kali pun belum tentu SELAMAT!