Tatkala hidup disekeliling api
Aku adalah airnya
Kalau engkau hidup disekeliling sepi
Bukan hidup namanya
Patang yang dingin awan mendung kelabu,mengapa awan mendung warnanya kelabu?
Kelabu itu ibu segala sepi.
Aktiviti Mirulslav hanya dengan papan selaju selain bermain dengan Janggut.
Ohh Janggut ini seekor kucing.
Bukannya bulu kasar yang menjalar didagu dan jugak dibahagian kemaluan laki-laki dan perempuan.
"Janggut nak teman aku pergi main papan selaju tak?"
"Meoww"
Mirulslav tidak tahu apa makna 'meow' tu dia nak ikut ke tidak Mirulslav bawak juga dia ke pantai yang tak jauh dari rumah dia.
Dengan deck yang baru keluar dari bengkel custom dicat bertemakan Man Utd. Merah yang pekat bagaikan darah yang mengalir dalam tubuh Mirulslav.
Umpana roh Cantona meresap dalam tubuhnya.
Hnsss hnssss.
Hari ini sama macam semalam manusia tidak pernah jemu datang ke sini. Pantai yang bersih nyaman ditambah lagi makwe-makwe berbikini cukup sempurna pantai Frombork ini.
Mirulslav berjalan sambil mengepit deck papan selaju beliau,hari ini dia mahu mempelihatkan skillnya di mata pelancong disini.
Zasss zasss
Mirulslav belanjer 'killer skil' Eric Koston iaitu 'K-Grind' diatas kerusi yg disediakan di persisiran pantai tersebut.
Terpaku semua pengunjung dipantai itu melihat Mirulslav melakukan aksi itu dengan angkuh dan megah.
Tap tap tap tap tap tap tap
"Cayalah lu Slav"
"Phewww,gempak sial"
"Nice dude"
"Oh my god,my crush"
Tepukan gemuruh dari pelancong serta penduduk tempatan seiring dengan kata-kata pujian yang selalu Mirulslav dapat.
Kebanyakkan perempuan sahaja yang puji yang lain semua dengki.
Mirulslav dan Janggut berjalan dihujung persisiran pantai dan Mirulslav terkesima.
Mirulslav ternampak satu tubuh gadis terdampar ditepi pantai,dengan kelebihan Mirulslav berlari pantas. Tak sampai 1minit Mirulslav berlari dan mendapatkan gadis itu.
"Awak,awakk bangun,kenapa tidur disini?tahu lah angin dekat sini sedap. Tapi jangan lah tidur dekat sini"
Mirulslav cuba buat lawak tahap Amir Rajalawak tapi sayang punchline tersebut hanyut di pantai dalam Frombork.
Dan krik krik seketika.
Ahh. Musibat apa yang berlaku hari ini? Terjumpa gadis yang pengsan ditepi pantai.
"Kene buat cpr ni. Hehehe"
Mirulslav toleh ke kiri dan kanan sambil mulut Mirulslav berbentuk itik dan menuju ke mulut gadis tersebut satu inci lagi. Satu inci lagi.
"Puihh,koff koff...huff huff"
Air laut masin seiring dengan batuk terkene muka Mirulslav. Tercungap-cungap gadis tersebut mencari oksigen pemberian tuhan yang tak ternilai.