'Dhia, maafkan saya. Saya terpaksa putuskan hubungan kita'
Sekeping nota Dhia Khaulah terima sebagai balasan kad ulang tahun darinya.Kerana sekeping nota itu Dhia Khaulah menjadi hilang arah kerana padanya mereka pasangan yang sangat bahagia. Jadi, tidak ada sebarang sebab untuk Daniel Afnan memutuskan hubungan mereka.
"Saya perlukan sebab kenapa awak putuskan hubungan kita!" – Dhia Khaulah
Puas Dhia Khaulah merayu untuk jawapan namun Daniel Afnan tetap membisu. Keputusan yang dibuat Daniel Afnan terhadapnya akhirnya terjawab. Dan jawapan yang diterimanya membawa sebuah kejutan yang teramat besar baginya.
"Tolonglah awak. Saya sanggup bersama awak walaupun apa juga dugaan yang akan kita hadapi. Jadikan saya isteri awak dan saya akan jaga awak. Saya janji." - Dhia Khaulah
"Tapi penyakit saya ni akan menjadi beban buat awak. Saya tak akan mampu bahagiakan awak. Saya yakin Hud akan dapat bahagiakan awak lebih dari yang saya mampu." - Daniel Afnan
Bagi Dhia Khaulah, datanglah sejuta lelaki sebaik dan sesempurna Hazwan Hud sekalipun dia akan tetap memilih Daniel Afnan. Kerana itu cinta pertamanya dan dia hanya mahukan Daniel Afnan sebagai cinta terakhirnya. Mereka mungkin ditakdirkan untuk tidak mempunyai banyak waktu bersama tetapi bagi mereka itu adalah cinta yang paling indah yang mereka miliki.
"Sayang, walaupun awak sudah pergi jauh dari saya. Saya berdoa nanti kita berjumpa di sana. Semoga kita berdua tetap bersama"
YOU ARE READING
Dairi Cinta Kita
RomanceNovel kedua Natasha Zulkifli. Kalau anda rasa curious macam mana cerita dia sudilah baca. Kalau nak tahu jalan cerita saya mohon tolong comment banyak2 paksa saya tulis. Supaya saya yang pemalas ni akan dapat tulis bab demi bab.. Muehehe don't forge...