Monolog Diri

427 8 0
                                    

aku jalan sendiri, kenangan merapati.
sayup sayup angin, masa silam menghantui.
masa berlari laju, pantas meninggalkan aku.
tak dapat ku kejar, aku lemas dalam sendu.
potret wajah mu kembali membelenggu,
senyuman terukir buat aku jadi buntu.
apa patut ku buat?
apa ku perlu ingat?
sejarah masa lalu membuat aku membisu.
terkatup; mulut bersuara kini kian senyap,
termaktub; memori lama kini makin lenyap.
dek kerana kata kata seorang pujangga,
yang berulang di corong kedua belah telinga.
bayangan hitam tak dapat aku lupa,
menjelma tiba tiba meracau dalam minda.
idea disangkal,
aku tak berakal.
lama lama fikir, otak aku jadi sebal.
emosi ku terganggu, mengamuk tak menentu.
tunggu dulu, masih dalam prosedur menunggu.
aku cuba dulu padamkan satu persatu,
hilang semua yang dulu dalam proses ganti baru.
otak tengah berperang, perang dunia ketiga.
bergaduh dengan emosi yang ada dalam jiwa.
dan akhirnya aku kalah dengan 'diorang' ,
angkat bendera putih, dan aku tersenyum sorang.

Ked Flopp

KISAH CINTA KITATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang