Aku Leka

293 9 0
                                    

aku leka,
mata meliar mengamati setiap pelusuk dunia.
terdengar hilai tawa yang masih bersisa,
di situ ada aku, yang sedang berduka.
tangan menghayun lemah tak bermaya,
mengawal emosi yang tak terkawal dalam jiwa.
sesekali pantas airmata ku seka,
aku tersenyum, dalam hati aku kecewa.

aku memang terleka,
hanyut dibuai angan angan dunia.
diracuni oleh cerita indahnya cinta,
hingga aku tersembam ke tanah, tak mampu berdiri semula.
aku terluka, parutnya bukan biasa,
terhiris dengan janji palsu manusia.
setiap kata yang aku cerna,
merupakan kata kata cerca.

oh melodi indah,
bergema irama mengerikan; iaitu hati musnah.
retak dan hancur setelah jatuh ke tanah,
bersalut lumpur dan debu debu masalah.
raunganku sudah kedengaran,
meraung aku dibawah separa sedar; bersendirian.
amukan aku kerana ketidakpuasan,
hati aku terhadap manusia bercakap manis macam syaitan.

Ked Flopp

KISAH CINTA KITATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang