Kau ingin tambat hati ini selamanya ?
dengan cara apakah mahu kau lakukan ?
memenjarakan hati ini agar terus kekal disitu ?
mengguna bubu agar tidak terlepas hati ini seperti ikan-ikan di sungai ?
menyangkar hati sebagai perhiasan dan hiburan seperti nuri yang setia bersama tuannya ?
kau lupa akan Tuhan yang menjaga hati ini ?
mahunya kau berdoa agar hati ini tidak seperti dedaunan kering angsana,
yang terbang,
terbang jauh mengikuti arah mata angin,
ke timur, barat,
adakalanya ke utara dan selatan.

KAMU SEDANG MEMBACA
kehilangan yang tidak ada ganti
Poetrykedamaian yang sukar difahami oleh setiap manusia. tidak semuanya merasakan apa yang kita rasa.