demoralisasi

40 1 0
                                    

Makin hari makan ada saja cerita yang tidak sedap dengar oleh halwa telinga.

Anak muda zaman metropolitan tidak sama seperti anak muda di zaman kuno dahulu.

Terlalu ikutkan arus generasi kini,
hingga hilang sesuatu dalam diri,
nilai jati diri juga semakin pupus,

ya,

pupus dek teknologi yang makin memisahkan yang rapat,
dan mesra bersama yang jauh.

Sudah hilang norma-norma kemanusiaan seperti moyang kita dahulu.

Harusnya mereka tidak berpijak pada paksi yang goyah.

Apakah mereka tidak mahu memperkenalkan adat "zaman kuno" tersebut kepada anak-anak dini ?

Terus dibuaikan dengan akhlak yang semakin runtuh hingga lupa bahawa Tuhan itu ada ?

kehilangan yang tidak ada gantiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang