" emak ambillah seorang daripada anak saya, Ageha. Saya akan jaga Hana di Tokyo dengan suami baru saya. Dia tak mahu jaga dua orang anak, jadi..." Kanna tak berani memandang si ibu yang membesarkannya.
" kamu lebih sayangkan suami baru daripada anak kandung kamu sendiri, Kanna?" Kanna tersentak, diam. Kata2 emaknya sangat memedihkan.
" emak..."
" kalau dia sayangkan kamu, sepatutnya dia boleh terima anak2 kamu, Kanna. Lelaki sepeti dia sangat mementingkan diri. Bukankah keluarganya kaya, mengapa tak boleh menjaga dua orang anak?" sekali lagi kata2 itu menghiris tangkai hatinya.
" kamu juga sama, Kanna. Sanggup korbankan anak sendiri demi kebahagian sendiri. Ibu jenis apa kamu ini?" Kanna bangun.
" kalau emak tak mahu jaga, tak apa. Saya akan serahkan Ageha ke rumah anak2 yatim. Puas?!" bentak Kanna. Emosi mengawal dirinya.
" sampai hati kamu, Kanna. Baik, kalau itu yang kamu mahu. Emak akan jaga Ageha sehingga besar." Emaknya bangun dan mengusap pipi Ageha yang masih merah.
" anggap sahaja yang Ageha tak wujud selepas kamu serahkan pada emak. Dan emak akan beritahu dia yang ibu bapanya sudah tiada. Kamu setuju?" kata2 si ibu membelah hatinya, dengan perlahan dia mengangguk.
" kamu baliklah...jangan sesekali jejak kaki ke rumah emak lagi!" Kanna bangun dan berlalu keluar.
16 tahun kemudian...
" Ageha pergi dulu, nenek..." Ageha memandang potret itu sebelum keluar. Dia akan memulakan persekolahannya di sekolah Tinggi Persendirian Sakurada-Han.
" sekolah tinggi~~" Ageha bernyanyi kecil disepanjang perjalanannya. Hatinya merasa sangat bahagia dan gembira.
Brang!
" eh?" Ageha terkejut dengan kemunculan seorang lelaki di longgokan sampah itu. Dia menjenguk di balik taman.
' wow~~ pergaduhan!" Ageha duduk mencangkung sambil melihat. Dia suka melihat pergaduhan sejak kecil lagi.
"err, Kyou..." Minami menunjukkan ke satu arah. Kyou menoleh.
" siapa?" mereka terkejut dengan kemunculan Ageha di situ.
" oh, yo!" Ageha bangun dan menegur mereka.
" hoi, betina! Kau buat apa di sini, hah!?" kasar pertanyaan itu. Ageha tersentak.
" be...betina?" dia ingat aku ni ayam ke nak panggil aku betina? Ageha mula panas hati.
" siapa kau panggil betina, tak guna!?" Ageha menyelak lengan bajunya sehingga ke siku. Beg sekolahnya diletakkan di atas tanah.
" berani kau panggil aku tak guna!?" Kyou meluru dan melepaskan tumbukannya. Ageha mengelak dengan pantas sebelum melepaskan tumbukan padu di perut Kyou.
" ugh!!" Kyou terbatuk kecil. Kawan2nya yang lain panik.
" Kyou! Kau siapa betina? Nak mati ke?" mereka mula menyerang serentak. Ageha mengikat rambut pendeknya dan berlakulah pergaduhan.
30 minit kemudian...
" ceh, cakap banyak!" Ageha mengibas tangannya yang sedikit sengal. Hampir kesemua mereka tumbang.
" huuu...buang masa aku je!" Ageha mengambil kot sekolahnya dan berlalu ke tandas berdekatan. Dia memandang cermin itu sambil membetulkan rambutnya yang sedikit serabut.
YOU ARE READING
MAAFKAN IBU...
Short StoryCerita pendek berkisarkan sebuah keluarga yang berpecah belah. Ageha dan Hana adalah pasangan kembar yang terpisah sejak kecil. Ageha di jaga oleh neneknya dan kini hidup bersendirian setelah neneknya mati. Mereka bertemu dan bersatu.