Bab 1

11K 239 66
                                    

1

Munirah mempersiap segala kelengkapan Amar. Berat hatinya untuk melepaskan tetapi demi masa depan; lagipun Amar ke Kuala Lumpur sana bukan untuk buat benda yang bukan-bukan. Hatinya berterusan membisikkan sebab demi sebab, seolah-olah itu sahaja cara untuk menenangkan hati tuanya. Gemulah suaminya mesti bangga; sudahlah si Ikhwan sampai ke Mesir sana mengaji, kini giliran Amar pula.

"Jadi saintislah anak kau nanti, Mun." Latifah, jiran sebelah yang masih setia mendengar setiap luah rasa Munirah, sejujurnya.

"Entahlah, Tipah, aku dah seminggu tak sedap hati ni. Si Amar ni bukan macam abangnya; pandai jaga diri. Aku rasa tak sedap hatilah, Tipah."

"Alah bukan jauh pun, Kuala Lumpur tu haa, tiga-empat jam dah sampai rumah. Biasalah tu, macam aku tak kenal kau ni. Ingat dulu masa si Ikhwan pergi ke Mesir, dekat sebulan hari-hari kau menangis."

"Aku bukan apa, Tipah, hidup aku ni, kami tiga beranak je. Kalau ada apa-apa, aku dah tak tahu nak minta tolong siapa."

"Sabarlah, Mun, si Amar ni pun belajar tak lama, tiga tahun lepas tu, korang tiga beranak Insya-Allah hidup senang. Eh tu, Pak Samad dia dah tunggu tu, si budak Amar ni mana, Mun?"

Amar merenung sekeliling sambil tersenyum. Amar merenung sekeliling sambil menangis. Amar merenung sekeliling sambil ketawa. Amar merenung sekeliling sambil menari. Ditilik satu persatu; dan dirakam segala momen seolah punya photographic memory sahaja lagaknya. Lalu di dalam mindanya, dibakar foto-foto itu. Di dalam mindanya, marakan api bakaran itu umpama dicucuh dari neraka. Terletak di hadapannya satu rak yang menempatkan kitab-kitab Fiqh dan pelbagai versi tafsiran Al-Quran. Dia hanya mampu merenung tajam. Syaitan di katil sebelah masih nyenyak tidur setelah berbuih mulutnya mengaji. Setiap hari di kuliah subuh Masjid Al-Hidayah, syaitan gemuk itu akan jadi guru mengaji. Membetul tajwid walau dengan lekatan dosa malam tadi.

Babi;

Mengaji konon!

Lalu dibiar babi sasa itu meringkuk tidur, dengan tompok air mani di sekeliling kain pelikat yang dipakainya. Hatinya berbisik benci tapi dia masih tersenyum. Mengetahui akan sifat babi gemuk yang selalu tidur mati itu, Amar mendekati dan membisikkan sesuatu. Wajahnya merah padam, penuh dendam dan kebencian.

"Akan datang suatu hari nanti, aku cabar Tuhan yang kamu sibuk sembah itu dan aku akan buat manusia-manusia seperti kamu tahu ini bukan cara untuk hidup bertuhan. Mungkin kita kongsi perempuan yang sama sebagai ibu tapi aku tahu ayah kamu syaitan! Aku tahu ayah kamu syaitan! Aku tahu ayah kamu syaitan!"

Amar terus membimbit bagasi, berlalu pergi dari ruang kecil empat segi yang menjadi saksi setiap titisan darah dan jeritan yang meraung, juga menagih walau sesaat simpati. Amar bersoal sendiri; benarkah Dia mendengar selama ini?

Benarkah, selama ini?

-selama sepuluh tahun ini?!

Amar tergelak kecil sendiri. Kelakar, barangkali.

***

Commanwealth University of Philosophical Science and Technology (CUPST) merupakan sebuah universiti bertaraf dunia yang bertempat di United Kingdom. Di Geneva, CUPST hanya membuka fakulti-fakulti untuk pengajian post-doctorate. CUPST yang berpusat di United Kingdom adalah hasil persepakatan negara-negara Komanwel dan juga Queen itu sendiri yang menginginkan integrasi dalam kalangan komuniti sains sebagai pengguna dan pembekal ilmu; lalu dicadangkannya supaya negara-negara Komanwel diwujudkan sebuah universiti; dibiayai sepenuhnya pelajar mereka dengan biasiswa, supaya menghasilkan modal insan yang akan bekerja di negara Komanwel selepas tamat pengajian mereka nanti. Dunia hari ini menyaksikan universiti-universiti selalu sahaja dipolitikkan. Pencemaran politik dan kronisma ke dalam universiti telah merencatkan kesucian universiti sebagai sebuah institusi pengajian yang melahirkan intelek-intelek berguna suatu hari nanti. Dalam melahirkan human capital yang berkualiti dan holistik, kebanyakan universiti telah gagal berfungsi sebagai pusat melahirkan para intelektual; malahan apa yang hanya mampu dilahirkan adalah golongan exam-oriented yang hanya mampu mengangguk dan menggeleng apa-apa yang telah didomba. Ramai pelajar yang mandul telah dilahirkan, malangnya mereka sendiri tidak mengetahui yang mereka itu mandul dan telah dimandulkan!

(Preview) LAKNAT - sebuah novel Fahmi MustaffaWhere stories live. Discover now