Masuk

222 7 4
                                    

Satu hari tu..

Husna dapat tawaran kerja di sebuah syarikat yang sederhana.

tawaran bekerja sebagai setiausaha bos.

Bos syarikat tersebut seorang lelaki.

katanya , sudah hampir 3 tahun dia tidak mempunyai setiausaha sejak setiausahanya dulu menghilangkan diri entah kemana.

Tak ramai yang bekerja disitu.

Suasana ofis tu pun redup je.

Malap.

Kurang cahaya.

Tapi Husna tak syak apa apa.

Hari pertama Husna masuk kerja ,

Husna bersihkan meja yang disediakan untuknya.

Meja Husna berada tidak jauh pun dari bilik bos.

Semasa Husna membersihkan meja yang berhabuk tu ,

Husna terjumpa satu cermin kecil di dalam laci meja.

Entah kenapa , Husna rasa tertarik dengan cermin tersebut.

Husna yang sukakan cermin terus simpan cermin tersebut ke dalam beg tangannya.

Husna berniat untuk membawa pulang cermin tersebut.

Selepas penat bekerja seharian di ofis , Husna pulang ke rumah sewanya.

***********************************

Akibat letih bekerja seharian , balik rumah aje terus aku ke bilik.

aku menghempaskan badan ke atas katil.

selesanyaa !

hah ! baru teringat akan cermin tadi. lalu aku mengeluarkan cermin tersebut dari beg tanganku yang berada di hujung katil.

aku membelek belek cermin tersebut sambil bergolek golek di atas katil.

cantiknya aku ! hihi.

cermin ni pun cantik.

agak agak cermin ni milik setiausaha bos yang dulu.

aku mengelip ngelipkan mata beberapa kali.

tiba tiba aku berasa badanku diangkat dan mengecil.

aku seperti memasuki pintu bercermin.

aku terjatuh.

gedebukk !

aduh ! sakitnya punggungku..

nanti kejap ! aku dekat mana ni ?!

aku cuba untuk bangun tapi agak sukar.

aku dimana ?!

" duduk diamlah dik oi.. " satu suara menggegarkan gegendang telingaku.

CERMINWhere stories live. Discover now